Header Ads

ads header

Flash News

Kerja orang gila, pemimpin pembangkang ketawakan infografik Kabinet Umno-PAS



PETALING JAYA: Pemimpin parti pembangkang dan ahli politik dari Malaysia Timur menolak infografik tersebar di media sosial yang menggambarkan Kabinet bayangan Umno-PAS selepas pilihan raya umum ke-15.

“Itu semua kerja orang gila. Ramai yang dah tak siuman sekarang ini,” kata Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan yang digambarkan perdana menteri dalam infografik itu.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang digambarkan sebagai timbalan perdana menteri pula mendapati infografik itu melucukan.

“Ada yang tak ada kerja buat ni,” katanya ketika ditanya mengenai infografik itu.

Ditanya jika ia adalah kerja pembangkang atau Pakatan Harapan, beliau berkata, hanya Allah yang tahu.

Infografik Kabinet Malaysia Pasca PRU15 tersebar selepas Muktamar PAS sebulat suara meluluskan usul menjalin kerjasama politik dengan Umno semalam.

Infografik itu menunjukkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan bekas perdana menteri, Najib Razak sebagai penasihat kerajaan dalam Kabinet selepas PRU15.

Infografik itu turut menyenaraikan bekas menteri kewangan, Johari Ghani (menteri kewangan), Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Ismail Sabri Yaakob (menteri dalam negeri), Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan (menteri pertahanan) dan bekas menteri pendidikan, Mahdzir Khalid (menteri pendidikan).

Nama lain dalam senarai itu termasuk Presiden MCA, Wee Ka Siong (pengangkutan), bekas menteri kerja raya, Fadillah Yusoff (kerja raya), pemimpin Umno, Lokman Noor Adam (menteri luar) dan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman (menteri undang-undang).

Terdahulu, Hadi hari ini menyifatkan infografik itu ialah kerja orang nakal dan PAS tidak pernah bermimpi atau terbabit dalam membentuk Kabinet bayangan dengan Umno.

Setiausah Agung Umno, Annuar Musa turut dilaporkan berkata, partinya tiada kaitan dengan infografik itu.

Sementara itu, Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin yang turut tersenarai dalam infografik itu sebagai menteri luar bandar berkata, tiada “apa lagi yang benar” selepas BN kalah pada PRU14.

Presiden MIC, SA Vigneswaran yang disenaraikan sebagai menteri sumber manusia, tertanya-tanya bagaimanapun infografik itu muncul.

“Saya ingat ia masih pemerintahan PH di negara ini,” kata Yang di-Pertua Dewan Negara itu.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang disenaraikan sebagai menteri industri utama, juga tidak tahu mengenai infografik itu.

Sementara, Lokman dihubungi FMT berkata, infografik itu palsu.
MR :  Cybertropper PH kadang kala 'bodoh'


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan