Header Ads

ads header

Flash News

Lelaki Tumbuk Pemandu hanya denda, kenapa ‘abang botak’ dipenjara?’


SEORANG peguam mahu membantu lelaki yang dijatuhkan hukuman bersalah memecahkan cermin sebuah kenderaan untuk membuat rayuan kerana menyifatkan hukuman penjara 12 bulan ke atasnya sebagai tidak adil.

Peguam tersebut, Suzana Norlihan Ujen berkata, beliau mahu membantu Danial Abdullah Tan, 31, atau digelar ‘abang botak oleh warganet’ supaya lelaki itu hanya dikenakan denda berbanding hukuman penjara yang diputuskan mahkamah.

“Saya nak bantu appeal (merayu) sebab mahu masyarakat tahu bahawa jika Lan Pet-Pet boleh dapat denda RM2,000 kerana pukul pengawal keselamatan, kenapa abang botak tak boleh?

“Bukan nak jadikan dia hero tapi nak tegakkan keadilan yang makin pupus di Malaysia ini,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebooknya hari ini.

Suzana membandingkan kes pelawak Lan Pet-Pet atau Mazlan Ahmad yang sebelum ini hanya didenda di mahkamah atas kesalahan membelasah seorang pengawal keselamatan yang juga warga emas pada April lalu.

Danial dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi ini selepas mengaku bersalah menghentak cermin sebuah kereta dengan topi keledar di Taman Bukit Serdang Seri Kembangan, 5.30 petang, Selasa lalu.

Ekoran itu Danial terpaksa menyambut Aidilfitri di penjara kerana mahkamah memutuskan hukuman itu bermula pada hari dia ditahan.

Ketika prosiding Danial dengan suaranya tersekat-sekat memberitahu Majistret Nurshahirah bahawa pemandu kereta tersebut cuba melanggarnya dan menunjukkan tanda jari sehingga memaksanya “membuat keputusan bodoh”.

“Puncanya dia (pengadu) hendak melanggar saya dan menghimpit saya… saya berhentikan dia untuk berbicara, namun dia menunjukkan tanda jari dan disebabkan itu saya buat keputusan bodoh,” katanya dengan nada sebak dan meminta maaf atas perbuatannya itu.

Suzana bagaimanapun berkata, beliau akan membantu Danial memandangkan hukuman tersebut terlalu berat.

Katanya, agak menyedihkan apabila wujud satu trend layanan kepada orang kena tuduh (OKT) agak berbeza mengikut kedudukan seseorang.

“Memalukan. Apabila anda kaya dan anda membunuh seseorang, anda diberi jaminan oleh Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di Malaysia. Tiada tahanan reman untuk anda.

“Apabila anda artis terkenal, anda memukul orang miskin, anda didenda hanya RM2,000 oleh mahkamah.

“Tetapi apabila anda miskin, anda memecahkan kaca cermin seseorang yang menunjukkan tanda jari tengah kepada anda, anda dipenjara 12 bulan oleh mahkamah. Dan kamu membusuk di penjara,” katanya sinis.

Dalam satu lagi hantaran di Facebook, Suzana berkata, sudah ada individu yang bersetuju untuk membayar wang guaman untuk mewakili Danial, namun katanya, beliau tidak perlukan bayaran.

“Kalau ada yang bayar saya, nanti ada yang kata saya nak promote diri, cari makan sebab dah tak ada kes (atau) nak cari client dan macam-macam tuduhan melulu,” ujarnya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Sejak KERAjaan PH berkuasa, kita lihat sistem keadilan semakin diragui dan dipertikai oleh rakyat berdasarkan kes Adib, banglo terlajak diskaun, kes terowong, kes majikan bunuh pembantu runah, kes pemimpin India buaf hasutan perkauman dll.

    Bahkan tindakan-tindakan AG juga sangat diragui dan dipertikai oleh rakyat.

    Mana janji rule of law @ kedaulatan undang-undang dalam manifesto PH? Nampaknya janji itu telah ke laut dan rakyat telah dikencing lagi oleh PH.

    BalasPadam