Header Ads

ads header

Flash News

Mohd Amar sahkan mahu pertahan jawatan Naib Presiden PAS


KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan untuk bertanding bagi mempertahankan jawatannya dalam Muktamar Tahunan PAS pada Jun ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, tindakannya untuk pertahankan jawatan berikutan mendapat pencalonan tinggi daripada ahli berbanding sebelum ini.

“Saya mendapat pencalonan agak tinggi menyebabkan susah untuk menarik diri dan pada masa sama merasakan ada harapan untuk pertahan jawatan.

“Pada masa sama, saya mahu menyumbang kepada parti dengan pengalaman yang ada termasuk pengalaman dalam kerajaan.

“Bagaimanapun, menang kalah tu biasa... Siapa yang mendapat undian tertinggi mereka akan menang dan saya akan terima sebarang keputusan dengan hati terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ketika ditanya jawatan berkenaan dikatakan turut dicabar oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Mohd Amar bagaimanapun tidak mengetahui perkara itu.

“Saya ada dengar cuma saya tidak pasti perkara itu. Terserah kepada sesiapa yang mahu bertanding.

“Malah, prinsip saya sejak dahulu lagi tidak akan berkempen sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan ahli untuk memilih,” katanya.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan, sua tokoh berpengaruh dan dilihat dekat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka akan cuba diketengahkan sebagai wajah baru bagi mengisi jawatan naib presiden PAS dalam pemilihan Muktamar PAS kali ini.

Menurut sumber yang enggan didedahkan identitinya itu, terdapat usaha daripada peringkat bawahan untuk menonjolkan Nik Mohamad Abduh dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengisi dua daripada tiga kerusi naib presiden.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: