Header Ads

ads header

Flash News

Morsi "tidak mati"


1. HARI ini kita dikejutkan dengan berita kematian bekas Presiden Mesir, Dr. Morsi yang meninggal sewaktu di dalam perbicaraan mahkamah. Sekiranya beliau berjuang untuk menegakkan Islam, maka mudah-mudahan beliau dikurniakan mati syahid. Dan mereka yang mati syahid tidak meninggal begitu sahaja. Firman Allah SWT:

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

“Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah SWT itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi tuhan mereka dengan mendapat rezeki” (Ali Imran: 169)

2. Mereka hidup disisi Allah SWT bahkan dikurniakan kehidupan yang mewah. Bahkan mereka dikurniakan kelebihan bertemu dengan Allah SWT. Ketika ayah Saidina Jabir syahid di medan Uhud, Jabir kelihatan sangat sedih. Rasulullah ﷺ lalu menujuk Jabir dan berkata:

مَا كَلَّمَ اللَّهُ تَعَالَى أَحَدًا قَطُّ إِلَّا مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ، وَإِنَّهُ أَحْيَا أَبَاكَ فَكَلَّمَهُ كِفَاحًا

“Tiada seorang pun boleh berbicara dengan Allah SWT melainkan dibelakang hijab, tetapi ayahmu Jabir (yang mati syahid ini) dia dibangkitkan dan berbicara dengan Allah SWT secara terus,” (HR al-Tirmizi)

Apakah nikmat yang lebih utama selain bertemu dengan Allah SWT, Allah SWT redha dengan kita dan kita bertemu dengannya.

3. Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan Dr Morsi, Presiden yang dizalimi ini, kematian yang dicemburui iaitu mati syahid. Morsi tidak meninggal begitu sahaja. Dia menghidupkan lagi jiwa-jiwa mukmin yang lain.

Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua mati syahid.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Oxford Centre for Islamic Studies


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.

    (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

    (Al-Baqarah 2:156)

    Presiden Mohammad Morsi (Mesir) telah syahid kerana berjuang menegakkan agama Islam dan hak umat Islam.

    Beliau telah difitnah , digulingkan, dizalimi dan disiksa oleh si Yahudi Zionis laknatullah yang bernama El-Sisi dan Amerika Syarikat dan Israel.

    Marilah kita semua berdoa untuk beliau yang sanggup syahid semata-mata kerana cintakan Allah dan RasulNya.

    BalasPadam