Header Ads

ads header

Flash News

Pencemaran di Pasir Gudang, Industri kurang cerdik, menteri kurang cerdik dan kerajaan pun kurang cerdik


Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan insiden pencemaran udara di Pasir Gudang tidak sepatutnya berlaku selepas terjadinya insiden serupa sebelum ini.

“Ini kurang cerdik... nampaknya ada industri-industri yang tidak begitu prihatin terhadap keselamatan menyebabkan insiden ini berlaku lagi.”

Dr Mahathir berkata demikian merujuk kepada Insiden Sungai Kim Kim di Pasir Gudang pada Mac lalu yang turut menyebabkan pencemaran udara dan simptom lebih kurang serupa pada orang ramai di situ.

“Sebab itu kita perlu kenal pasti siapa mencemarkan udara di situ dan ambil tindakan yang tegas terhadap mereka,” katanya kepada pemberita selepas Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-33 di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kes pencemaran di Pasir Gudang kali ini yang menyebabkan ramai yang sesak nafas dan muntah sejak Khamis lalu.

Menurut laporan semalam, kerajaan negeri Johor mengarahkan 17 buah sekolah, 69 tadika serta sebuah institusi pengajian tinggi yang melibatkan 20,108 pelajar ditutup selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis sebagai langkah berjaga-jaga.

Ia sususulan sekurang-kurangnya 15 murid dan dua orang dewasa muntah-muntah dan mengalami sakit tekak akibat pencemaran udara.

Keadaan bertambah buruk apabila sebanyak 475 buah sekolah, institut pengajian tinggi dan tadika daerah tersebut terjejas dan diarahkan tutup akibat pencemaran udara yang merebak ke sekolah-sekolah berhampiran.

- Bernama




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Ulasan klise:

    "Tindakan tegas akan diambil."

    Berapa kali nak ulang ulasan yang sama lor???

    BalasPadam
  2. Ini kerajaan, kerjaan babi dap,,padan muke korang org melayu,,,korang dulu suka sangat menjaja..buat irg islam yg korup, baik cina kafir yg amanah"...ha rasakan penangan org kafir pujaan ko yg amanah tu, amanah cara babi la kan...

    BalasPadam
  3. ini lah kerajaan yang disanjung sanjung

    BalasPadam
  4. Rakyat telah dikencing oleh Pakatan Hancing.

    Tepuk ..........

    BalasPadam