Header Ads

ads header

Flash News

Ramaikan lagi ahli politik manusia 'kepala'


BILA isu penyebaran klip video `selak kain' yang tular waktu ini sehingga menjadi perdebatan hangat `wartawan netizen' kurang diambil kisah oleh pembangkang utama, UMNO-Pas, sejenak penulis teringat ungkapan ahli falsafah ulung Yunani, Plato.

Begini kata Plato (427 SM - 347 SM): “Sayugianya, seorang ahli politik itu lahir dari manusia ‘kepala’, bukannya manusia ‘dada’, apa lagi ‘perut’”.

Huraiannya - `manusia kepala’ adalah orang yang baik, bijak dan lebih mementingkan isi daripada aspek pembungkusannya. `Manusia dada’ adalah mereka yang lebih menonjolkan kekuatan fizikal, laparkan publisiti dan kekuasaan.

Dan `manusia perut’ pula lebih mementingkan nafsu serakah.

Ya! agak menghairankan bila mana tiada kenyataan atau ungkapan berunsur provokasi daripada barisan kepemimpinan kanan UMNO dalam isu penyebaran klip video yang mengaitkan penglibatan seorang menteri kanan Kabinet.

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan pun sekadar berseloka, “jangan terkena getah tak tentu pasal, biarkan daun yang reput jatuh sendiri”.

Presiden UMNO yang sedang berehat sementara, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam kolum Secangkir Kopi siaran akhbar ini hari ini hanya memfokus kepada cabaran Revolusi Industri 4.0 (baca Utusan Malaysia hari ini).

Dan bekas presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Facebook rasminya beberapa hari lepas cuma memuat naik video makan bertih jagung - barangkali kata rakan penulis, Borhan Abu Samah berkongsi kegelisahan dengan masyarakat menyaksikan `drama’ mengejutkan itu.

Demikian hal sama dari Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang nampaknya lebih berminat untuk merungkai kebenaran kes kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Nampaknya politik caci maki dan sumpah seranah tiada tempat di era ini.

Ruang awam sebenarnya terbuka, milik kita semua. Ia hakikatnya milik orang politik yang seharusnya bijak memanfaatkan ruang awam itu secara rasional tanpa emosional.

Apatah lagi peri laku politik cacian, makian, kutukan, kebencian dan dendam tidak dihalalkan dalam Islam kerana ia merosakkan pemikiran politik rakyat dan menghasilkan pemimpin tidak berkualiti.

Itu belum lagi diperkatakan bab mengganggu keharmonian masyarakat, menjejaskan pembangunan politik negara dan merosakkan pembinaan tamadun bangsa.

UMNO sebagai pembangkang bersama Pas perlu meneruskan sikap bijaksana dan berhikmah ini dalam mengambil keputusan politik.

Yang didambakan oleh rakyat sekarang ialah berpolitik secara fakta dan data. Inilah yang kurang dalam politik kita sehingga ada kalanya menyebabkan adab berpolitik kita mati.

Rakan strategik UMNO iaitu Pas menerusi Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengingatkan rakyat supaya sentiasa berwaspada apabila menerima berita tidak sahih.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan Tantawi turut berpendirian sama dalam mempraktikkan politik beradab ini.

Pas menolak sekeras-kerasnya politik bersifat fitnah, dendam dan ‘selak kain’, kata Nasrudin.

Benar! Isu penyebaran klip video yang menjadi perbincangan hangat dalam kalangan netizen waktu ini bukan berkisar aspek pertahankan individu tertentu - kalau lah ada melihat UMNO atau Pas kelihatan tidak ambil kisah kontroversi tersebut.

Tetapi lebih jauh matang dan berhemah dari itu - prinsip yang UMNO-Pas ingin bawakan - yakni politik sedemikian (penyebaran klip video `selak kain’) yang kotor dan tercemar serta tidak melambangkan tamadun dan peradaban.

Jika dapat dihindari politik dahsyat sebegini, Insya-Allah, ia kelak menjadikan rakyat Malaysia bangsa beradab dengan melanjutkan politik beradab ini untuk kita berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di sebelah barat sana.

Pandangan Plato dinukilkan penulis tadi, harus direnungkan, khususnya oleh ahli politik - pembina Malaysia hari ini. -UTUSAN ONLINE



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Ketika saya join politik dulu sy tlh diperingatkan bahawa politik ni kotor.. Klu ade kerja lain jd tukang kebun ke buruh ke lebih baik buat. Lihat saja ape yg bdlaku baik dlm UMNO, PKR, MCA, MIC GERAKAN, PAS, DAN LAINNYA. CUMA DAP AGK BIJAK MENANGANI MASALAH DLMAN W. PUN pernah bergegar. Perebutan kuasa untuk naik ke ats disamping gula2 politik yg selalu jadi pegangan HARTA, WANITA, TAKHTA.. Jadi ape yg belaku sekrg adelah rentetan cerita2 lama yg diulang tayang dlm berbagai2 bentuk sesuai dgn teknolgi. Semakin maju cabaran semkn hebat lihat saja selepas ini. Keberanian yg amat luarbiasa untuk bersaing di dalan politik dan naik ke ats. Baik PH ATU BN... serta serpihan2 parti... tiada lg dominan.. Selps ini semua parti terpaksa membuat srtategik planning yg plg ampuh untuk berkuasa. BN sudah hilang kekuatan untuk menerajui kerajaan. Parti2 kecil akn jadi penentu selps ini. Selamat negaraku.

    BalasPadam