Header Ads

ads header

Flash News

Saifuddin jangan angkuh


KUALA LUMPUR - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) hari ini mempertahankan tindakan Presiden Ikatan Wa­nita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendi­dikan Berkualiti (Wa­fiq), Prof. Mad­ya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar yang menegur Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menerusi laman Twitter berhubung isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)

Berikut merupakan kenyataan penuh Ketua Wiranita Putra, Intan Rahimah Ali:

Wiranita Putra kesal dengan sikap angkuh dan tidak matang yang di tunjukkan oleh Saifuddin terhadap teguran yang dibuat oleh Rafidah Hanim mengenai isu LGBT di laman Twitternya.

Wiranita Putra berpendapat sebagai seorang menteri, Saifuddin sepatutnya menerima teguran Rafidah Hanim dengan bersikap terbuka dan berlapang dada.

Teguran yang dibuat oleh Rafidah Hanim itu jelas ada asasnya kerana 'tweet' yang dibuat oleh individu bernama Numan Afifi itu jelas menyokong aktiviti LGBT yang diharamkan oleh Islam. Malah, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membuat kenyataan bahawa LGBT tidak diterima di negara ini.

Rafidah Hanim cuma menegur tindakan Saifuddin yang mana dilihat sekolah-oleh menyokong apa yang 'ditweet' oleh Numan Afifi. Adakah Saifuddin tidak merasakan bahawa apa yang 'ditweet' oleh Numan itu menyinggung perasaan umat Islam? Adakah Saifuddin mahu mempromosikan LGBT dan Islam liberal?

Teguran Rafidah Hanim itu jelas dibuat atas kesedaran beliau sebagai seorang ibu yang bimbang aktiviti LGBT akan mempengaruhi anak muda. Adakah Saifuddin tidak bimbang jika anak-anak beliau terpengaruh dan mengamalkan gaya hidup LGBT?

Wiranita Putra mendesak agar Saifuddin segera membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Rafidah. Wiranita Putra juga menasihatkan Saifuddin agar bersikap matang dan menerima teguran dengan berlapang dada.-UTUSAN ONLINE


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Eh, yakah, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah 'sokong'aktiviti LGBT di Malaysia? Kalau betul catatan itu drpd beliau, sungguh melampau! Tindakan tersebut sudah terangan-terangan 'menentang larangan Allah' terhadap hamba-hamba-Nya yang mengamalkan hubungan jenis sesama lelaki, atau hubungan jenis sesama perempuan - LGBT - (Al-Quran, Surah Hud, ayat 77-83).

    BalasPadam