Header Ads

ads header

Flash News

Soal siasat 3 pelajar tanpa henti selama 6 jam tidak benar kata UTM


PETALING JAYA: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menolak dakwaan ia menyoal siasat 3 pelajar tanpa henti selama 6 jam kerana menganjurkan tunjuk perasaan, sebalik hanya menemubual mereka selama kurang daripada 1 jam dan 40 minit.

Gabungan Pembebasan Akademik (GPA) berkata soal siasat 3 pelajar daripada kumpulan MJIIT Voices oleh pengurusan universiti itu di Kuala Lumpur berjalan sepanjang malam pada Rabu, ketika minggu peperiksaan.

MJIIT Voices sebuah kumpulan pelajar dari Institit Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT), sebuah fakulti bawah UTM yang ditubuhkan pada 2010 oleh kerajaan Malaysia dan Jepun.

Pejabat Hal Ehwal Korporat UTM dalam satu kenyataan hari ini berkata universiti itu mengikut peruntukan dan peraturan, dan temubual dibuat mengikut masa yang ditetapkan oleh ketiga-tiga pelajar sendiri.

Ia berkata temubual setiap pelajar mengikut giliran dan mengambil masa sekitar 1 jam 40 minit, setelah diambil kira waktu rehat berbuka puasa.

“Dakwaan menyatakan pelajar ditemubual secara berterusan selama 6 jam tanpa henti tidak benar sama sekali,” kata kenyataan itu.

UTM tidak berhasrat mengenakan apa-apa tindakan tatatertib terhadap pelajar terbabit.

Pada Disember, MJIIT menggesa UTM memansuhkan yuran-yuran khas sebanyak RM2,855, yang dikenakan selain daripada yuran semester RM1,200, mendakwa hampir 600 pelajar tahun pertama dan ketiga yang menyertai fakulti itu dari 2016 hingga 2018 terkesan.

Kumpulan itu berkata pelajar baru perlu membayar hampir RM5,000, termasuk yuran hostel pada permulaan semester.

Pada April, kira-kira 200 pelajar menunjuk perasaan terhadap kenaikan yuran khas di depan kampus UTM KL. Pihak universiti cuba menghentikan tunjuk perasan itu.

Gabungan Pembebasan Akademik mendakwa 3 orang penganjur tunjuk perasaan itu disoal selama 6 jam mulai 5 petang pada Rabu. Ketiga-tiga pelajar itu berjaya menyerahkan memorandum kepada pro-naib canselor UTM pada hari tunjuk perasaan itu.

Kumpulan itu mendakwa tindakan “tidak wajar” dan sengaja dilakukan oleh polis bantuan itu bertentangan dengan “prinsip-prinsip asas hak asasi manusia” dan kebebasan pelajar.

UTM dalam penjelasannya berkata ia mengikut peruntukan yang ada perlu melakukan temubual bagi mendapatkan maklumat. Katanya, ini lanjutan daripada insiden di mana tunjuk perasaan yang asalnya diberi kebenaran oleh polis telah ditarik balik.

Susulan itu, Seksyen Keselamatan UTM KL diminta untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang insiden tersebut.

“Sesi temubual mengikut peraturan universiti yang biasa dijalankan apabila berlaku sesuatu yang tidak mengikut peraturan universiti,” katanya.


GPA berkata permit tidak diperlukan dan memadai dengan satu notis rasmi kepada polis 10 hari sebelum hari tunjuk perasaan.

Ia juga mendakwa seorang pelajar dikasari polis semasa tunjuk perasaan itu akan bermula.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan