Header Ads

ads header

Flash News

Takiyuddin tak balik Kelantan beri keterangan esok kenapa Anwar tak layak jadi PM


Setiausaha Agung PAS dijangka tidak hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan esok bagi memberi keterangan berhubung ucapannya mempersoalkan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim layak menjadi perdana menteri berikutan statusnya sebagai ‘bekas banduan’.

“Saya ada urusan di Kuantan hari ini dan esok… mereka (polis) juga tidak ada menghubungi saya, jadi saya tidak akan balik (untuk memberi keterangan),” kata Datuk Takiyuddin Hassan dipetik media tempatan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas arahan dikeluarkan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan pada 23 Mei lalu yang memintanya hadir pada jam 10 pagi esok untuk diambil keterangan.

Takiyuddin dalam ceramahnya ketika kempen PRK Parlimen Sandakan pada Mei lalu antara lain mempersoalkan sama ada Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim layak menjadi perdana menteri berikutan statusnya sebagai ‘bekas banduan’.

Susulan itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan membuat laporan polis pada 13 Mei lalu dan meminta siasatan dijalankan terhadap Takiyuddin kerana didakwa seolah-olah mempertikaikan pengampunan diraja diberikan Yang di-Pertuan Agong kepada Anwar.

Beliau diminta memberi keterangan dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang berbaur provokasi dan boleh menimbulkan ketidaktenteraman awam.

Sebelum ini, Takiyuddin mengesahkan beliau menerima faks daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu pada 23 Mei lalu, yang mengandungi arahan memintanya hadir pada jam 10 pagi pada 10 Jun ini, untuk diambil keterangan.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan belum membuat keputusan sama ada akan hadir atau tidak bagi memberi keterangan pada hari berkenaan.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. FMT pada 14 March 2018 telah melaporkan:

    (Quote) PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) akan memansuhkan undang-undang menyekat kebebasan bersuara di negara ini, jika gabungan pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).(Unquote).

    Bukankah tindakan AMK melaporkan pendapat Setiausaha Agung PAS kepada polis membuktikan PH tidak menghormati hak kebebasan bersuara yang dijanjikan oleh PH sendiri?

    BalasPadam
  2. Nampaknya hak kebebasan bersuara ini hanya diberikan kepada barua ternakan Pakatan Hancing dan tentera kacang merah ternakan DAPig sahaja untuk menfitnah dan memburuk-burukkan parti Islam dan parti Melayu.

    BalasPadam