Header Ads

ads header

Flash News

Ahli Parlimen Singapura mohon umat Islam diberi kebenaran solat Jumaat


Ahli Parlimen Singapura, Zainal bin Sapari memohon kepada para majikan agar memberikan izin kepada pekerja mereka yang beragama Islam untuk mengerjakan solat Jumaat.

Beliau mengemukakan rayuan ini setelah mendengar keluhan daripada kaum lelaki Muslim yang tidak diberikan izin untuk mengerjakan solat Jumaat.

Mereka berasa amat tertekan kerana sedar akan betapa ‘serius dan besarnya dosa’ sekiranya mereka gagal melaksanakan solat Jumaat.

Zainal membayangkan keadaan di mana para pekerja akan menjadi lebih bersemangat dan produktif sekiranya mereka mendapat keizinan untuk mengerjakan solat Jumaat.

“Secara ringkas, lumrahnya, memberi kelonggaran bagi pekerja kamu dari kalangan Melayu Islam sedikit masa untuk bersolat dari 12:30 pm sehingga 2.30 pm akan menjadikan kamu sebagai majikan mesra Muslim dan kamu dapat menaikkan semangat bekerja mereka.”

“Pekerja Melayu Muslim kamu akan menggantikan kerugian masa bekerja dengan datang lebih awal dan pulang lebih lewat untuk hari itu,”

“Saya yakin pekerja Melayu Muslim kamu tidak akan menyalah gunakan kesempatan ini kerana kami tahu, sekali hilang kepercayaan susah untuk dapatkannya kembali,” ujar Zainal lagi.

Permohonannya itu mendapat reaksi pelbagai dan menimbulkan perdebatan hangat di kalangan rakyat Singapura.

Ramai rakyat Singapura dari kalangan bukan Islam, dan sebilangan yang beragama Islam sendiri menentang idea memberi keizinan untuk umat Islam mengerjakan solat itu kerana kononnya dilihat sebagai tidak adil kepada penganut agama lain, dan juga kerana status Singapura itu sendiri sebagai negara sekular.

Ramai juga yang menyokong, terutamanya dari kalangan umat Islam Singapura sendiri. Ada yang menyuarakan kesedihan kerana anaknya yang sedang belajar di institusi pengajian tinggi juga tidak diberi kelonggaran untuk mengerjakan solat Jumaat.

Semoga Allah beri kemudahan kepada umat Islam Singapura untuk bebas mengamalkan ajaran agama mereka yang selama ratusan tahun sebelum ini telah dijunjung dan diamalkan oleh nenek moyang mereka, para pemilik asal tanah itu.


MR :  Nanti akan ada berita ahli parlimen Bersatu atau Amanah minta kebenaran DAP untuk membenarkan pekerja solat Jumaat di Malaysia...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. apa kata yg melayu islam di singapura tu berpindah saja duduk di Malaysia,
    kami boleh tukarkan kamu dgn rakyat kami yg sekular kat sini..
    ini kan win-win situation.
    lagipun ramai org cina di Malaysia ni yg teringin jadi warga singapura.

    BalasPadam