Header Ads

ads header

Flash News

Air minuman Starfresh, Waterfuns ditarik balik dari pasaran


KUALA LUMPUR: Kilang yang mengeluarkan air minuman jenama berbungkus (AMB) Starfresh dan Waterfuns diarahkan menarik balik produk itu di pasaran tempatan selepas dikesan tercemar dengan bakteria “pseudomonas aeruginosa”.

Kementerian Kesihatan turut menggantung lesen AMB kilang berkenaan berkuatkuasa 28 Jun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata hasil pemeriksaan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di kilang produk tersebut mendapati, program jaminan keselamatan makanan tidak dilaksanakan dengan berkesan.

“Aktiviti pemprosesan dan pengeluaran AMB bagi tujuan perdagangan atau perniagaan tidak dibenarkan dan pihak kilang diarahkan untuk menjalankan tindakan pembetulan dalam tempoh penggantungan lesen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Agensi Makanan Singapura (SFA) dilapor mengarahkan produk minuman jenama Starfresh ditarik balik daripada pasaran Singapura selepas dikesan tercemar bakteria berkenaan melibatkan produk yang berisipadu 1,500ml dan 500ml dengan tarikh luput pada 13 Mei 2021 dan 11 Mei 2021.

Noor Hisham berkata hasil analisis terhadap jenama Starfresh yang dieksport ke Singapura dan jenama Waterfuns yang dijual di pasaran tempatan tidak mematuhi Akta Makanan dan Peraturan-peraturan Makanan.

Katanya, pihak kilang juga akan menarik balik secara sukarela lain-lain jenama produk AMB yang terlibat iaitu Iceberg, Sukahati, Rofina, Dixy Green dan Dixy Blue.

“KKM menegaskan produk AMB untuk jualan perlu mematuhi Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan di bawah Akta Makanan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna yang membeli produk AMB dengan jenama dan tarikh akhir yang terlibat agar tidak minum produk tersebut.

Bakteria “pseudomonas aeruginosa” yang boleh ditemui di dalam air, najis, sisa kumbahan serta tanah boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan penyakit kepada manusia khususnya kepada golongan yang mempunyai sistem ketahanan yang rendah.

Noor Hisham turut meminta pengguna yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung perkara itu atau sebarang isu keselamatan makanan supaya menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melayari laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Nampaknya KERAjaan pakatan telah gagal melindungi rakyat dari air minuman yang mengandungi bakteria najis dan sayur beracun dll.

    Nampaknya pihak berkuasa Singapura mempunyai integriti kerana berjaya mengesan air minuman dan sayur beracun dari Msia.

    Mengapa agensi KERAjaan pakatan gagal mengesan bakteria tahi dalam air minuman dan racun serangga dalam sayur Msia? KERAjaan pakatan tidurkah atau sangat sibuk berpolitik dan main wayang sehingga lupa tanggungjawab terhadap rakyat?

    BalasPadam