Header Ads

ads header

Flash News

Lantik transgender hina undang-undang negara, kata PAS


Pelantikan ikon Transwomen Malaysia sebagai ahli Country Coordinating Mechanisme (CCM) adalah tindakan menghina undang-undang negara serta tidak sensitif dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Kementerian Kesihatan tidak boleh berdolak-dalik kononnya pelantikan berkenaan kononnya mahu memastikan golongan transgender turut mendapat penyertaan.

Soalnya, tidakkah mereka tahu transgender itu sendiri pun sudah bertentangan dengan Seksyen 377A Kanun Keseksaan serta Enakmen Jenayah Syariah Seksen 25,26 dan 28 Akta Kesalahan Jenayah Wilayah-wilayah Persekutuan.

“Mengamalkan gaya hidup transgender ini sekali gus meletakkan pelakunya sebagai penjenayah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Adakah langkah kerajaan ini satu percubaan untuk mengiktiraf golongan transgender sekali gus membenarkan mereka mengamalkan gaya hidup songsang selepas ini?

“Adakah dengan alasan kononnya transgender perlu diwakili, maka selepas daripada ini setiap pelaku jenayah yang lain pula berhak untuk diwakili dalam jawatankuasa yang berkaitan dengan mereka?,” soalnya dalam satu kenyataan.

Rania – seorang lelaki berpenampilan wanita – akan mewakili Malaysia sebagai ahli CCM mendapatkan dana daripada Globalfund yang juga sebuah badan kewangan antarabangsa yang komited dalam melaburkan dana untuk menghentikan epidemik HIV, AIDS, Tuberkulosis dan Malaria.

Dia dilantik menganggotai CCM melalui surat rasmi bertarikh 25 Jun lalu. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye Boon Chye mengesahkan pelantikan Rania dilakukan mengikut prosedur sedia ada.

Malah, katanya, lantikan dibuat dalam kalangan populasi berkenaan dan disahkan melalui surat lantikan oleh Pengerusi CCM iaitu beliau sendiri.

Apa sahaja alasan, Fadhli berkata, ini bukan kali pertama golongan transgender dilantik sebagai ahli jawatankuasa di dalam CCM, dan sebab yang dinyatakan sangat rapuh.

“Adakah sekiranya perkara berkenaan jelas melanggar undang-undang negara dan juga syariah Islam, ia wajib diteruskan semata-mata kerana ia sudah dilaksanakan sebelum ini?,” soalnya lagi.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan