Header Ads

ads header

Flash News

MB Selangor bagi bayangan siapa dalang video seks


AMIRUDIN Shari berucap sempena majlis doa selamat dan kesyukuran di kediaman rasminya di sini malam tadi. UTUSAN ONLINE

SHAH ALAM 22 Julai - Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memberi bayangan seolah-olah beliau tahu siapa dalang kepada penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali .

Dalam ucapannya pada majlis doa selamat dan kesyukuran terhadap Mohamed Azmin di kediaman rasminya di sini malam tadi, Amirudin memberi bayangan bahawa dalang tersebut adalah mereka yang pernah melalui zaman pahit ketika isu skandal serupa timbul 20 tahun dahulu.

Amirudin yang merupakan penyokong kuat Mohamed Azmin berkata, beliau tidak takut menyebut sedemikian kerana kesedaran dan pendiriannya adalah jelas bahawa politik jijik perlu ditolak sepenuhnya.

“Semakin hampir (hasil siasatan selasai) ia dilakukan oleh mereka yang pernah melalui detik sejarah hitam ini, yang pernah berjuang melawan detik hitam ini hingga ia menjadi asas kepada perjuangan ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin yang tidak menandatangani surat sokogan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah menerima amaran daripada PKR iaitu bakal diambil tindakan disiplin.

“Saya telah diperingatkan bahawa bakal berdepan tindakan disiplin (akibat teguran) tetapi saya tidak rasa gentar atau keliru kerana Allah bersama kita,” katanya. -UTUSAN ONLINE

MR :  Aku rasa ada yang menangis tak berlagu kerana tak dapat jadi PM..


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan