Header Ads

ads header

Flash News

Orang besar politik mungkin disoal sebelum selesai siasatan video seks, kata sumber


PETALING JAYA: Spekulasi tersebar luas dalam kalangan pimpinan PKR bahawa polis mungkin akan menyoal seorang orang besar politik sebelum selesaikan siasatan ke atas video seks sejenis yang didakwa mengaitkan seorang menteri.

Seorang pemimpin PKR yang tidak mahu dinamakan berkata, beberapa pemimpin mendapat tahu polis mungkin akan memanggil seorang pemimpin sebelum menyoal orang besar itu.

“Kami sedang bersedia,” kata sumber itu, selepas berita mengenai polis memanggil seorang Adun awal hari ini.

“Selepas polis memanggil Adun itu hari ini, mereka mungkin memanggil seorang lagi pemimpin. Selepas itu, mereka mungkin menyoal orang besar itu sekiranya mereka rasa perlu menyoalnya bagi menyelesaikan siasatan,” katanya.

FMT sedang mendapatkan pengesahan daripada Bukit Aman.

Sumber itu juga hairan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali mengumumkan dia tahu siapakah dalang yang terlibat dalam pengedaran video seks sejenis itu “walaupun polis tidak mendedahkan nama”.

“Adakah Azmin punyai maklumat dalaman?” katanya.

Beliau berkata pengumuman seperti itu sepatutnya daripada ketua polis negara atau menteri dalam negeri yang mungkin ada maklumat mengenai siasatan itu.

“Seorang menteri yang didakwa mempunyai kaitan dengan video itu membuat kenyatan sedemikian adalah luar biasa,” katanya.

Malam tadi, Azmin dilaporkan berkata dia tahu identiti dalang sebalik pengedaran video seks sejenis yang didakwa membabitkannya.

Dia enggan menamakan orang itu kerana perkara itu masih dalam siasatan polis.

MR :  Nak tangkap jerung, tapi pilih dulu anak jerung


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Selain dalang.... Psangn yg mlakukn hbungn hrm trsbut jg prlu di mklumkn kpd umum... Bru jelas dn adil

    BalasPadam