Header Ads

ads header

Flash News

Maksud sebenar 'cash is king' ialah rakyat itu 'king' yang Mahathir tak faham kata Najib


Bekas presiden Umno Najib Razak hari ini berkata istilah 'cash is king' yang dikaitkan dengannya disalah tafsir oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.Kata Najib, Dr Mahathir mungkin tidak faham atau sengaja mengelirukan istilah itu, yang menurut Najib maksud sebenar yang cuba disampaikan ialah rakyat adalah raja.

Cash is king saya maksudkan bukan secara literal, maksud saya rakyat itu 'king' (raja). Sebab kita gunakan duit bantu rakyat.

“Mungkin dia (Dr Mahathir) tak faham atau sengaja tak faham,” katanya di Wacana Ilmu Hard Truth: Cash is King anjuran Penerangan Umno Malaysia di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, malam ini.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mengambil BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) sebagai contoh.
“BR1M ini ada dua peranan. Yang pertama, BR1M diberikan kepada yang miskin luar bandar dan miskin bandar tak kira bangsa.

“Ada yang tidak ada pakaian, makanan, masalah keluarga, usur dan sebagainya dikategorikan sebagai golongan B40 (berpendapatan rendah).

“Jadi, kita kutip hasil GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) dan beri kepada golongan miskin tanpa mengambil kira idelogi politik,” katanya.

Tambahnya, pemberian BR1M pada masa yang sama juga menjadi pemangkin ekonomi negara.

“Sebagai contoh, di kawasan saya Pekan, sebanyak RM28 juta diperuntukkan menerusi BR1M.

“Cuba fikir bagaimana kuasa membeli?” katanya sambil menambah bahawa BR1M adalah cadangan daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurutnya, BR1M diperkenalkan selepas BNM mencadangkan untuk menubuhkan skim membantu rakyat dengan memberikan bantuan duit.

Istilah 'cash is king' yang secara literal bererti 'duit adalah raja', juga boleh membawa makna 'duit adalah segala-galanya'. Istilah itu sering diungkapkan bagi menggambarkan bahawa duit dapat membeli segala-galanya termasuk pengaruh dan kuasa.

Istilah itu juga sering digunakan pemimpin PH ketika berkempen menentang pentadbiran BN di bawah Najib, yang kini berdepan dakwaan mahkamah berhubung penyalahgunaan kuasa, rasuah, dan pecah amanah.


MR :  Mahthir lebih suka guna "Cash is Firaun"


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. haaa.. elok..
    Mahathir ngan najib sama bodoh.

    takda istilah rakyat is king.
    sebab Negara ni ada KING.

    ketuanan rakyat lah penyebab bertukarnya Indonesia kepada republic.. ketuanan rakyat lah yg menyebabkan org Indonesia yg dibantu komunis membunuh raja-raja di Negara mereka.

    istilah rakyat ialah king lah yang akan menjahanamkan Malaysia.

    kita ada pemimpin... tapi pimpinan kata rakyat yang king.???
    gila ka..?

    jadi sekarang keputusan ditangan rakyat atau pemimpin..?

    ya benar , rakyat yg pilih pemimpin untuk memimpin, jadi kenapa yg memimpin kini tak sedar diri di atas beliau ada RAJA..?

    Raja-raja itukan CEO.
    perdana menteri hanya MANAGER yg diperkenan oleh si CEO.
    rakyat tetap rakyat.
    tak pernah ada kuasa apa pun.
    dan tak mungkin berkuasa.

    Harap2 CEO yg ada tu Nampak apa yg sedang berlaku.
    Harap2 rakyat sedar dimana kedudukkan mereka.
    HArap2 menteri yg tak sedar2 tu sedar diri sikit.
    Kalau rakyat ialah king... jadi kenapa kamu disitu..?

    BalasPadam