Header Ads

ads header

Flash News

MB Perak minta Paul Yong bercuti


Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu menasihatkan exco kerajaan negeri Paul Yong bercuti daripada tugas rasminya kerana bakal berdepan tuduhan merogol amah.

Beliau berkata kerajaan negeri mengambil maklum keputusan peguam negara untuk mendakwa Yong mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Bagi menghormati proses undang-undang, saya menasihatkan Paul Yong untuk bercuti daripada tugas-tugas rasmi beliau, termasuk tidak mengambil bahagian dalam apa juga mesyuarat yang melibatkan proses membuat keputusan, sehingga proses perbicaraan selesai," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Malaysiakini hari ini melaporkan Yong dijangka akan didakwa di mahkamah esok atas pertuduhan merogol bekas pembantu rumahnya, seorang warga negara Indonesia.
Iklan

Malaysiakini difahamkan perkara itu akan di bawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh.

Terdahulu, The Malay Mail memetik sumber pejabat timbalan pendakwa raya Perak yang memberitahu media untuk bersiap sedia di Mahkamah Sesyen Ipoh esok.

Pada 8 Julai lalu, pembantu rumah berkenaan memfailkan laporan polis dengan menuduh Adun Tronoh terbabit merogolnya.



Ahmad Faizal dalam pada itu berkata, beliau tidak akan melakukan "rombakan drastik" exco kerajaan negeri susulan perkembangan terbaru dihadapi Yong.

"Setakat ini tidak ada keperluan untuk melakukan sebarang rombakan drastik dan semua barisan exco sedia ada mampu memikul tanggungjawab untuk menjalankan urusan pentadbiran secara bersama," katanya.

Menurut Ahmad Faizal, kerajaan negeri menghormati proses undang-undang sesuai dengan sifatnya sebagai asas dalam masyarakat negara ini.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri turut menghormati prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

"Secara peribadi saya amat terkejut atas apa yang berlaku dan berharap keluarga Yong - khususnya isteri dan anak-anak beliau - bersabar dalam melalui proses perundangan ini.

"Saya berharap keadilan akan ditegakkan kepada semua pihak yang terlibat di dalam kes ini.

"Saya juga menyeru kepada penyokong Yong supaya bertenang dan menghormati proses undang-undang dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh merumitkan lagi keadaan," katanya lagi.

Tambah Ahmad Faizal lagi, prestasi Adun Tronoh itu memuaskan dan memberi kerjasama yang baik kepada semua pihak dalam melaksanakan tanggungjawabnya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan