Header Ads

ads header

Flash News

“Mujahid Faham Tak Istiadat Istana?” – Najib


SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak terus mempersoalkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengenai protokol kedudukan kerusinya sebagai bekas Perdana Menteri pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Selasa lalu.

Dalam hantaran di Facebooknya, Najib mendakwa, Mujahid menuduh beliau sendiri yang mahu diletakkan di tempat duduk pembesar.

“Dia tuduh saya sendiri yang nak ditempatkan di tempat duduk pembesar dan lepas itu saya sengaja tak nak bawa pakaian istiadat Orang Besar untuk jadikan alasan tak hadir.

“Macam-macam keluar dari mulut kekanda ini. Cuba tanya dia, jika dia faham istiadat istana atau tidak?

“Tanya dia kalau mengikut protokol susunan kekananan, bekas Perdana Menteri patut ditempatkan di mana?” soal Najib.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pekan itu meminta Mujahid supaya tidak memandai-mandai membuat tuduhan.

“Tak payahlah nak memandai menuduh. Anda cuma pandai tulis warkah sahaja,” katanya.

Semalam, Mujahid menafikan dakwaan bahawa tempat duduk Najib pada Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Selasa lalu diubah saat akhir.

Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 menegaskan kedudukan itu telah ditetapkan dan Ahli Parlimen Pekan itu sudah dimaklumkan lebih awal mengenainya.

“Kita telah membuat satu jawapan rasmi dan sebenarnya isunya bukan dialih, tapi memang kita telah tetapkan. Kemudian Datuk Seri Najib sendiri beri alasan.

“Beliau duduk di tempat kerabat, beliau perlu memakai pakaian istiadat Orang Besar Pahang. Itu masalah dia kerana kita telah maklumkan lebih awal. Jadi tak timbul isu dan kita menafikan,” jelas Mujahid semalam.

Sementara itu, malam tadi, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menegaskan beliau tidak tahu-menahu mengenai pertukaran tempat duduk Najib pada majlis berkenaan jika benar ia berlaku.

Katanya, perkara itu bukan di bawah pengetahuan dan bidang kuasa beliau.

Sebelum ini, Najib menjelaskan ketidakhadirannya pada upacara berkenaan bukanlah kerana kekeliruan tempat duduk seperti yang dikatakan, sebaliknya kerana tempat duduknya telah ditukar pada saat-saat akhir ke tempat duduk Orang Besar Pahang. – Sinar Harian



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Mahathir macam biasa la...menafikan dia tau apa pun.

    memang dari dulu mamak kerala ni tak reti apa.
    sudah-sudah la madet wei..

    kami tau sapa yg suruh mujahat tu tukar.

    BalasPadam