Header Ads

ads header

Flash News

Pemimpin akar umbi DAP bantah tulisan khat dalam silibus di sekolah


Seramai 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) menggesa anggota kabinet daripada parti itu membantah rancangan memperkenalkan tulisan "khat" atau seni kaligrafi dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia untuk sekolah vernakular.

Dalam satu kenyataan bersama, kumpulan itu berkata pelajar sekolah vernakular sudah mempelajari "tiga bahasa dan tiga sistem penulisan".

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan Khamis lalu menjelaskan pengenalan tulisan khat adalah untuk memupuk gaya penulisan yang indah.

Kementerian itu menegaskan perkara itu tidak berkaitan dengan tulisan Jawi dan pelajar tidak dinilai di dalam peperiksaan.
Iklan

"Kami bukan tak setuju bahawa 'khat' mempunyai nilai artistik, tetapi orang ramai harus digalakkan untuk menghargainya sendiri dan bukan dibuat dasar," kata kumpulan itu.

Kumpulan itu mendakwa pengenalan tulisan "khat" merupakan usaha untuk melembagakan dan mempolitikkan tulisan Jawi.

Merujuk penggunaan tulisan Jawi di papan tanda di Kelantan dan Terengganu, kumpulan itu berkata langkah-langkah serupa sedang dilakukan di Pahang dan Melaka.



Ini ditunjukkan dalam banyak cara apabila sekolah Cina dan Tamil menambah 'khat' dalam kurikulum, ia akan menambahkan lebih banyak masalah.

"Mereka yang mempunyai agenda mungkin merebut peluang untuk memperkenalkan Jawi di semua peringkat. Jika Jawi diinstitusikan, ia akan merosakkan fabrik sosial di Malaysia," kata kumpulan itu.

Kumpulan itu berkata anggota kabinet DAP mesti melindungi sifat etnik Malaysia yang pelbagai dan bukan terpaksa mengikuti naratif "satu bangsa, satu bahasa dan satu kebudayaan" BN.

"Asas DAP adalah membina masyarakat yang adil, di mana pelbagai kebudayaan dirayakan. Nilai kita mesti dimanifestasikan sendirinya dalam dasar dan tidak hanya mengulangi kesilapan MCA," kata kumpulan itu.

"Khat" akan diperkenalkan tahun depan. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching, dasar itu diputuskan pada tahun 2016 oleh kerajaan terdahulu.

Daripada 162 muka surat dalam buku teks Bahasa Melayu, enam halaman disediakan khusus untuk "khat".

Seramai 13 orang Adun yang menandatangani kenyataan bersama itu ialah Chow Yu Hui (Tras), Chiong Yoke Kong (Tanah Rata), Chong Zhe Min (Keranji), Lee Chin Chen (Bilut), Tan Hong Pin (Skudai), Ee Chin Li (Tangkak), Cheo Yee How (Perling), Yeo Tung Siong (Pekan Nenas), Ng Yak Howe (Bentayan), Chew Peck Choo (Yong Peng), Cheah Pou Hian (Jelapang) dan Leong Yu Man (Triang).


MR :  Kaduk naik junjung


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Chow Yu Hui (Tras), Chiong Yoke Kong (Tanah Rata), Chong Zhe Min (Keranji), Lee Chin Chen (Bilut), Tan Hong Pin (Skudai), Ee Chin Li (Tangkak), Cheo Yee How (Perling), Yeo Tung Siong (Pekan Nenas), Ng Yak Howe (Bentayan), Chew Peck Choo (Yong Peng), Cheah Pou Hian (Jelapang) dan Leong Yu Man (Triang).

    semua cina...
    bangsa jenis tak kenal untung.
    di timur atau barat berselerakkan umpama tikus.
    menggigit wayar sedikit demi sedikit akhirnya seluruh Negara kegelapan.

    dasar bangsa makjuj.

    BalasPadam
  2. Maka saya mencadangkan DIHAPUSKAN TULISAN CINA DAN TAMIL. Agar semua adil.

    BalasPadam
  3. Pendatang asing yang sombong dan biadab dan tidak pernah berterima kasih kepada kaum Melayu penduduk asal negara ini yang telah membenarkan pendatang asing menjadi rakyat negara ini.

    Puak pendatang asing rasis bersikap parasit kerana cuba melaksanakan petuanan pendatang asing, memusuhi dan cuba menghapuskan hak kaum Melayu dan menghina agama Islam.

    Puak Melayu liberal munafik adalah khadam mereka untuk memusnahkan kaum Melayu dan agama Islam dari dalam.

    BalasPadam