Header Ads

ads header

Flash News

Peniaga Nasi Lemak Keliru Telur Rebus Putih Semuanya. Eh Mana Telur Kuning?



Nasi lemak merupakan makanan yang sering dijadikan sarapan mahupun makan malam oleh kita rakyat Malaysia. Ia mempunyai sambal, ikan bilis, timun dan juga telur.

Namun apa reaksi anda jika membeli nasi lemak yang didatangkan bersama hanya telur putih semata?



Itu yang sedang dialami oleh seorang peniaga nasi lemak, Na Noorzieah, apabila hampir kesemua telur rebusnya tidak mempunyai telur kuning.





Perkongsian beliau menerusi group Masak Apa Hari Ini mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen memberikan pendapat mereka masing-masing.



Telur ayam yang tidak mempunyai kuning telur adalah dikatakan berpunca daripada ibi ayam itu sendiri ketika pembentukan telur dalam badan. Ayam yang stress dilaporkan memberi kesan kepada penghasilan telur, mengakibatkan kuning telur tiada.



Ada sesiapa pernah jumpa telur macam ini?

Sumber: Facebook Na Noorzieah


4 ulasan: