Header Ads

ads header

Flash News

Polemik isu pembelajaran tulisan Jawi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil


Polemik isu pembelajaran tulisan Jawi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil semakin memuncak. Dan seperti yang dijangka, kerajaan yang berkuasa untuk melaksanakan dasar ini terutamanya DAP terus meletakkan kesalahan keatas kerajaan terdahulu iaitu BN, dan MCA khususnya kepada golongan masyarakat cina. Dibawah ini adalah beberapa tindakan politik yang boleh mencelikkan rakyat melihat wajah sebenar kerajaan PH.

1. Permainan politik ini telah berlaku pada tahun 1984 lagi, apabila Lim Kit Siang yang lantang mengkritik kerajaan pada masa itu yang ingin memperkenalkan khat Jawi dalam silibus pelajaran tahun tersebut. Namun apabila berkuasa sekarang, beliau baru-baru ini melalui blognya, Lim Kit Siang mengaku pernah mempelajari Jawi dan menyatakan "IA TIDAK MEMBUATKAN SAYA KURANG CINA DAN TELAH MEMBANTU MENJADIKAN SAYA LEBIH RAKYAT MALAYSIA,". Permainan politik yang bermuka-muka.

2. Timbalan Menteri yang menyifatkan diri beliau sebagai Timbalan Menteri Pelajaran terbaik dilahirkan Malaysia YB Teo Nie Ching pula, menyatakan kepada media cina bahawa rancangan memperkenalkan Jawi ini diluluskan Kerajaan Barisan Nasional pada 2016, dan akan dimulakan pada 2020.

3. Manakala Menteri Agama YB Datuk Seri Dr Mujahid pula, menyatakan kepada masyarakat melayu BN mahu menghapuskan tulisan Jawi dan seni khat dari silibus sekolah vernakular ketika berkuasa. Beliau menyatakan kerajaan PH lah yang berusaha menghidupkan kembali tulisan Jawi. Satu lagi kenyataan yang bercanggah, namun demi menjuarai isu ini dikalangan masyarakat melayu.

4. Adakah anda masih ingat, ada 4 pemimpin DAP yang membuat bantahan dan memorandum berkait papan tanda bertulisan jawi di Kuala Lumpur pada 2008? Mereka ialah 3 YB DAP yang masih aktif sekarang iaitu YB Fong Kui Lun, YB Tan Kok Wei dan Menteri minyak sawit YB Teresa Kok manakala seorang lagi telah bersara Tan Seng Giaw. saya tidak perlu mengulas panjang kerana ini sepatutnya sudah cukup untuk anda meyakini bahawa PH dan DAP adalah 'Chameleon Politik' sejati! Parti DAP lah yang selama ini mengapi-apikan, menakutkan dan juga menanam sifat kebencian antara masyarakat berbilang kaum di negara ini. Menterjemahkan ayat bahasa cina kepada bahasa Melayu yang terpesong untuk menanam sifat benci kaum Melayu kepada MCA.

DAP yang sentiasa mendakwa mereka parti yang berperinsip perlu konsisten dalam menyelesaikan semua isu. Tidak perlu berdolak dalih dan melibatkan MCA kerana anda adalah kerajaan yang berkuasa masa ini. Jika anda boleh berbangga dengan pemansuhan perkara sebesar seperti GST, tidak mampukah anda mansuhkan silibus Jawi di SRJK Cina dan Tamil yang tidak melibatkan Sekolah Kebangsaan? Usahlah kaitkan dengan dasar dan keputusan zaman BN, rakyat sudah jemu dengan alasan ini. Rakyat mahu melihat anda mentadbir kearah yang lebih cemerlang.

Pada hemat saya, tiada sedikit masalah pun dengan pembelajaran Jawi, atau mana-mana bentuk seni penulisan yang lain. Namun , kita mencadangkan penulisan ini dimasukkan dalam kokurikulum ataupun dibuat secara elektif dan bukannya dimasukkan dalam buku teks Bahasa Melayu SRJK Cina dan Tamil. Ini kerana mengikut pemahaman saya, bukan mudah untuk menguasai jawi yang menjadi asas kepada Khat. Huruf Jawi adalah hampir sama dengan huruf Arab, dengan beberapa penambahan huruf seperti Ca, Nya, Ga. Bezanya Jawi dibaca tanpa baris, dan sebutannya seperti rumi. Tanpa penguasaan asas huruf ini, adalah menjadi kesukaran untuk kita ke langkah seterusnya, membina perkataan dan seterusnya membentuk kaligrafi.

Apabila disebut elektif atau kokurikulum, pelajar boleh membuat pilihan dengan minat mereka dan juga keperluan pembelajaran untuk kegunaan harian. Mereka boleh belajar bermula dari asas, sehingga ke peringkat yang lebih tinggi, sehingga mampu menulis dan membaca, seterusnya menguasai seni Khat itu sendiri. Di negeri Kelantan saya sendiri, tidak kurang masyarakat cina yang belajar tulisan jawi secara sukarela dan bukan paksaan.

Hari ini pula, Menteri kasut hitam dalam sidang media menyatakan ‘’PENGENALAN TULISAN KHAT INI DILAKSANAKAN SECARA PILIHAN DENGAN GURU DIBERIKAN KUASA UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN MENGENAI KAEDAH PELAKSANAANNYA DI BILIK DARJAH MASING-MASING’’. Ini bermakna guru perlu mengajar tulisan khat dengan menggunakan pendekatan masing-masing. Manakala Timbalan Menteri pula dalam FB beliau memesongkan ayat tersebut dengan berkata PENGAJARAN SENI TULISAN KHAT DILAKSANAKAN SECARA PILIHAN dan guru boleh memilih samada mahu mengajar atau tidak. Ini satu lagi bukti hipokrit pemimpin PH yang bermuka-muka dan memberi definisi berbeda untuk masyarakat berlainan kaum.

Cukuplah bermain politik dan tumpukan kepada tugas dan janji-janji manisfesto anda kepada masyarakat cina wahai parti DAP. Peliharalah warisan asal negara kita, dan pada masa yang sama pupuk keharmonian dan keakraban diantara kaum dan bukannya menanam kebencian demi kuasa politik, supaya kita dapat bersama-sama membina negara menjadi lebih baik.

Chua Hock Kuan
Naib Ketua Pemuda MCA Kebangsaan
Merangkap Pengerusi Perhubungan MCA Negeri Kelantan




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan