Header Ads

ads header

Flash News

Tol tetap dikenakan walaupun PLUS diambil alih – PM Mahathir


PUTRAJAYA – Pelaksanaan kutipan tol tetap diteruskan walaupun PLUS Malaysia Sdn Bhd (PLUS) diambil alih oleh mana-mana entiti, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan masih mempertimbangkan tawaran daripada Maju Holdings Sdn Bhd yang mahu mengambil alih syarikat pengendali lebuh raya itu.

“Dia nak ambil alih PLUS, kita kaji tengok cadangan itu tapi dia (cadangan Maju Holdings) kena ada tol, tiada tol dia tidak boleh beli, (nanti) dia tidak dapat balik duit.

“Dia punya cadangan termasuk mengurangkan kadar tol dan dia nak buat macam-macam lagi, nak perbaiki jalan…jadi kita sedang timbang,” katanya kepada media selepas Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata sekiranya kerajaan mahu menghapuskan tol, kerajaan perlu membelanjakan duit yang banyak untuk mengambil alih konsensi lebuh raya.

“Sekarang kita dapati bahawa…perkara pertama jika kita tidak mengutip tol, kita mesti membeli lebuh raya itu dan ia melibatkan kos berbilion-bilion.. dan kita tidak mempunyai wang.

“Perkara lain ialah jika kita berjaya membeli, kita perlu membelanjakan wang untuk menyelenggaranya.

“Jadi, orang ramai perlu perlu memahami masalah yang kita hadapi,” katanya.

Dr Mahathir berkata selain itu sekiranya tol dihapuskan, bagaimana sesebuah lebuh raya itu akan diselenggara.

“Masalahnya ialah lebuh raya perlu diselenggara, perlu diperlebar, ditambah lorong baharu. Semua melibatkan wang.

“Belum ada keputusan muktamad. Kita masih menelitinya,” kata beliau.

Selain Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS turut mengendalikan Lebuhraya Baru Lembah Klang, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utara-Selatan, Link Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang.

— BERNAMA


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Atok sememang sudah tahu dari dulu tetapi kenapa ikutkan janji yang tak manasabah, gara gara apa atok .

    BalasPadam