Header Ads

ads header

Flash News

Dalaman PKR Mahu Mahathir Kekal PM?


Isu peralihan kuasa dalam kerajaan Pakatan Harapan terus menjadi topik hangat dalam kerajaan yang baru 16 bulan usianya.

Masing-masing tokoh dan pimpinan dalam PH menyuarakan keperluan melunaskan janji menyerahkan jawatan Perdana Menteri ke Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik tamat tempoh 2 tahun Tun Dr Mahathir sebagai PM ke 7.

Konflik ini tercetus apabila ada pula pihak dalam PH sendiri yang menuntut agar Tun Dr Mahathir kekal sahaja sebagai PM hingga ke penghujung penggal tanpa perlu menyerahkan kuasa kepada Anwar dalam keadaan tergesa-gesa.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali contohnya pernah menyuarakan agar Tun kekal sebagai PM hingga kepenghujung usianya.

Sementara itu Anwar pula kelihatan sangat terdesak mahu kepastian yang jawatan PM yang dijanjikan kepadanya itu mesti diserahkan sebagaimana dipersetujui. Ternyata Anwar sudah terlalu lama menunggu peluang naik ke kerusi nombor satu negara sejak dipecat dari jawatan TPM kira-kira 21 tahun lalu. Laluannya untuk ke atas kononnya telah dijanjikan tetapi seakan beliau berhadapan pelbagai halangan dan malah rakyat jelata pun tidak berapa berselera jika beliau menjadi PM ke 8.

Bagi rakyat kebanyakkan isu yang lebih penting dan utama yang mahu dilunas dan diselesaikan adalah janji-janji PH itu sendiri.

Meraka naik dengan pelbagai janji dan kini rakyat mahu melihat janji-janji itu ditunaikan bukannya alasan atau menuding jari ke pihak lain.

Masalah kos hidup yang menekan, harga barangan dan perkhidmatan yang tinggi, harga komoditi yang tidak pulih, pekerjaan yang kurang, harga petrol yang tidak menentu dan banyak lagi semuanya dijanji akan diselesaikan PH kiranya mereka diberi mandat oleh rakyat.

Kini sudah 16 bulan mandat itu diberikan rakyat, tetapi tiada yang mampu tertunai.
Rakyat mahu PH fokus pada janji-janji pilihanraya mereka, bukannya sibuk berebut dan menukar jawatan Perdana Menteri.

Malah Tun sendiri beberapa kali menegaskan yang beliau akan menunaikan janjinya melepaskan jawatan Perdana Menteri tetapi meminta masa untuk menyelesaikan masalah negara yang bagi beliau lebih kritikal.

Mungkin 2 atau 3 tahun kata Tun, jika alasan perlukan masa demi mengatasi masalah negara, maka mengapa Anwar dan sekutunya sibuk mendesak dan menekan supaya jawatan PM segera diserahkan kepada beliau?

Malah terbaru tanggal Mei, 2020 iaitu kira-kira 8 bulan dari sekarang disebut-sebut sebagai tempuh Tun wajib menyerahkan jawatan PM kepada Anwar. Masalahnya apa istimewa dan hebatnya Anwar Ibrahim ini?

PH menang PRU ke 14 apabila mereka berjaya mengheret Tun dan partinya ke tengah.

Anwar sudah berkali-kali pilihanraya diprojekkan sebagai bakal PM sebelum ini oleh Pakatan Rakyat, namun penonjolan namanya itu tidak membawa kejayaan buat blok pembangkang sehinggalah pada PRU lalu apabila nama Tun diangkat sebagai bakal PM PH.

Ternyata ketokohan dan nama Tun lebih laku dan digemari berbanding Anwar dan kerana itu PH mampu meraih kemenangan besar.

Bermakna sebahagian besar rakyat mengundi PH kerana yakin pada Tun sebagai PM Malaysia, tiba-tiba apabila telah menang dan Tun diangkat sebagai PM, kini Anwar pula terkinja-kinja mahukan jawatan berkenaan.

Baru-baru ini Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang sekali lagi menegaskan bahawa PAS mahu Tun Dr Mahathir kekal sebagai PM hingga tamat penggal kerajaan ini. Ini bukan bermakna PAS menyebelahi Tun, malah Tun kekal sebagai seteru politik PAS, akan tetapi dalam isu peralihan kuasa Perdana Menteri dari Tun ke Anwar, PAS merasakan biar sahaja Tun kekal menjalankan kerja-kerjanya dan tidak diganggu dengan peralihan separuh jalan sebagaimana dikehendaki Anwar.

Kata Tuan Guru tukar PM bukan macam tukar kasut, boleh kita lakukan sesuka hati. Ia melibatkan pentabiran kerajaan serta maruah dan nasib masa depan negara.

PAS bertanggungjawab sebagai pembangkang untuk memberi peringatan kepada semua pihak termasuk rakyat dan kerajaan berkaitan isu peralihan kuasa ini. Jika benar ada keperluan untuk menukar Tun entah atas apa sebab yang PH fikirkan, maka individu yang menggantikan Tun itu mestilah yang boleh diterima rakyat serta memiliki kualiti yang selayaknya sebagai seorang PM.
Malaysia sebuah negara Islam dengan adat-istiadat dan tamadun bangsa yang sangat tinggi dan dihormati.

Oleh hal yang demikian pemimpin nombor satunya, dalam hal ini Perdana Menteri mestilah seorang yang berwibawa, memiliki akhlak dan keperibadian yang baik serta mengamalkan nilai moral yang tinggi.

PAS merasakan Anwar Ibrahim tidak memiliki kualiti yang diperlukan sebagai seorang Perdana Menteri dan ini bukan lagi rahsia.

Dengan rekod lampau, walaupun telah menerima pengampunan dari Yang Dipertuan Agong tetapi stigma sebagai seorang penjenayah yang pernah disabitkan kesalahan seksual songsang, bukanlah sesuatu yang boleh dilupakan rakyat begitu sahaja.

Malah antara tokoh yang sering memperingatkan rakyat darihal akhlak dan keperibadian Anwar ini adalah Tun Dr Mahathir sendiri.

Tun semasa menjadi PM ke 4 dahulu pernah mengakui dalam satu sidang akhbarnya ketika itu bahawa beliau telah menyoal-siasat beberapa individu lelaki dan wanita yang dikatakan pernah mengadakan hubungan seks dengan Anwar.

Katanya Anwar ada melakukan perbuatan tidak senonoh dan seks songsang sehingga beliau mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar tidak layak menjadi pemimpin dalam negara seperti Malaysia.

Takkanlah hanya semata-mata kerana kononnya ada perjanjian dalam PH bahawa jawatan PM ini perlu diserah kepada Anwar dalam tempoh 2 tahun selepas PRU ke 14 maka kita semua mengambil sikap berdiam diri dan mengangguk sahaja sedangkan kita telah didedah dan diberitahu darihal akhlak “bakal PM ke 8” ini.

Mahukah rakyat menaikkan seorang penjenayah seksual, bukannya bekas tahanan politik seperti Mandela atau Aung San Su Kyi sebagai pemimpin negara, sebagai Perdana Menteri kita?

Dan kesangsian terhadap kelayakan Anwar ini sebenarnya bukan sahaja diutarakan oleh PAS dan blok pembangkang malah di dalam partinya sendiri.

Sehingga kini mesyuarat penting dalam PKR diadakan tanpa kehadiran Azmin dan beberapa pemimpin kanan parti termasuklah Zuraida dan MB Selangor Amiruddin kerana mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Anwar.

Sebagaimana dinyatakan Tuan Guru Presiden PAS, Anwar gagal menguruskan partinya sendiri, bagaimana beliau mahu menyelesaikan masalah rakyat sebagai PM nanti?

Tindakan meminta-minta jawatan sebagaimana sedang kita saksikan adalah sesuatu yang diluar budaya kita tetapi lumrah dan biasa buat Anwar.

Kesimpulannya negara kita masih terumbang-ambing dan nasib rakyat masih terabai. PM yang ada bertanggungjawab untuk memulihkan keadaan dan merubah nasib rakyat ke arah yang lebih baik sebagaimana dijanjikan partinya.

Apa yang mahu kita lihat adalah perubahan yang bermakna dan memberi manfaat kepada rakyat bukannya perubahan jawatan Perdana Menteri.
ROSLAN SMS


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Percayalah... Ini hari nuar jd PM... Esuk semua masaalah selesai..😂

    BalasPadam