Header Ads

ads header

Flash News

Gambar Zahid, Hadi ‘Berkahwin’ Cetus Amarah Warga Maya


KUALA LUMPUR – Penularan gambar memaparkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disunting memakai pakaian perkahwinan dipercayai dicetak oleh akhbar Cina mencetuskan rasa tidak senang warganet.

Gambar berkenaan dipercayai sebagai sindiran kepada kerjasama antara parti UMNO dan Pas melalui permeteraian piagam bersama dua parti itu semasa Himpunan Penyatuan Ummah, minggu lalu.

Penerbitan gambar yang disifatkan bertujuan mempersenda dan tidak sensitif pada umat Islam itu dianggap keterlaluan oleh warga maya.

Gambar berkenaan mula dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook, Abi Fateh hari ini.



“Ko (kau) tak puas hati dengan perpaduan ummah, ko punya pasal la, yang ko edit (sunting) gambar presiden kami dah kenapa?

“Satu penghinaan kepada ulama, cadangan saya, saman surat khabar ini, demonstrasi aman depan pejabat dia tuntut mohon maaf, setuju?” katanya.

Setakat pukul 8.15 malam ini, hantaran di Facebook oleh Abi Fateh tersebut mendapat lebih 2,000 tanda suka, lebih 1,000 komen serta lebih 2,300 perkongsian.

Sementara itu, rata-rata pengguna Facebook yang meninggalkan komen pada hantaran tersebut menyifatkan penyiaran artikel tersebut sebagai tindakan tidak bertanggungjawab serta biadab selain menggesa pihak terlibat membuat permohonan maaf.

“Tidak mengapa, mereka buat macam ini lagi menguatkan perpaduan ummah. Jangan mudah melatah, ambil iktibar dan kuatkan lagi perpaduan kita,” kata Md. Helmi menerusi hantaran komennya.

“Biadab ni, melampau. Tidak cukup dengan kata-kata ini dengan gambar pula. Ambil tindakan #pdrm,” ujar Azrina Sadiman.

“Selidik dulu sebelum ambil tindakan, kalau betul, saman,” kata Raja Osman Raja Jalaludin. – UTUSAN ONLINE



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. surat khabar mana..? cer kongsi skit syarikat penerbitan ni alamat kat mana.. nak buat demo baling telur beramai-ramai.

    BalasPadam
  2. minda celaru,jiwa keliru,hati jerebu.semua resah bila bertaut PAS UMNO. Tiada kata2 atau lukisan yang menggambarkan kecewa,sakit hati,meluat dan tak lena tido bila PAS dan UMNO tamat permusuhan

    BalasPadam
  3. Puak kafir tidak pernah mendakwa diri mereka rasis setiap kali puak kafir menghina agama Islam, ulama Islam, pendakwah Islam, institusi Islam, parti Islam dan umat Islam dll.

    Sebaliknya setiap kali umat Islam membela hak agama dan hak umat Islam yang diancam oleh puak kafir, puak kafir dan khadam Melayu liberal mereka akan meroyan histeria dan buat heboh di seluruh negara mendakwa kononnya umat Islam rasis.

    Maka jelaslah puak kafir tersebut adalah kepala bapak rasis dan kepala bapak hipokrit yang mengamalkan double standard.

    BalasPadam
  4. Itu mengambarkan sikap bodoh ketua pengarang dan tolol wartawan akhbar cina berkenaan yang tidak sensitif...bayangkan jika keluar foto LKS,LGE dikhatankan anu bersama mat sabun dalam Harakah...sudah pasti geng geng mereka macam beruk terpijak duri

    BalasPadam