Header Ads

ads header

Flash News

Guan Eng semakin hilang ‘kewarasan’


KUALA LUMPUR – Lim Guan Eng dilihat semakin hilang kewarasan sejak kempen ‘utamakan barangan keluaran Muslim’ mendapat sokongan ramai.

Pemerhati politik, Azizi Safar berkata, pemimpin Pakatan Harapan (PH) khususnya Menteri Kewangan itu seolah-olah tidak memahami maksud ‘mengutamakan’ dan boikot’ sebelum mengeluarkan kenyataan yang memperlihatkan ‘kebodohan’ dirinya.

“Agama Islam ajar supaya makan dan minum benda yang suci, bersih dan halal. Jadi, mengutamakan yang lebih diyakini kebersihan, kesucian dan status halal adalah perlu dilakukan.

“Kempen ini bukan kempen boikot barangan bukan Islam. Guan Eng patut faham apa maksud mengutamakan dan boikot. Umat Islam bukan boikot barangan keluaran bukan Islam malah banyak sahaja barangan bukan Islam yang digunakan oleh orang Islam tetapi apabila ia melibatkan soal makanan, sudah pasti orang Islam akan mencari yang suci, bersih dan halal.

“Jadi, mengapa Guan Eng perlu panas punggung sehingga mengeluarkan kenyataan untuk umat Islam Bumiputera boikot telefon bimbit. Telefon bimbit perlu sijil halal ke? Boleh makan ke?” soalnya dipetik dari UMNO Online hari ini.

Menurut Azizi, kempen itu juga bukan sesekali melambangkan perkauman ataupun rasis tetapi ia adalah sesuatu yang dituntut oleh agama Islam.

Namun dalam soal barangan lain, umat Islam tidak ada masalah untuk membeli atau menggunakan produk keluaran bukan Islam.

“Isu ini tidak sepatutnya dipolitikkan dan sekiranya bangsa lain berfikiran terbuka, memahami dan menghormati masyarakat majoriti negara ini maka tidak akan timbul pun salah faham.

“Sama seperti orang Islam tidak boleh pegang anjing, tidak boleh makan daging babi… tapi bila semua isu berkaitan agama Islam hendak dicampurtangan oleh mereka yang bukan Islam maka timbullah masalah… timbullah salah faham,” ujarnya.

Baru-baru ini Guan Eng menyatakan kegusarannya dengan gerakan utamakan barangan keluaran muslim yang dianggap sebagai boikot produk bukan bumiputera.

Setiausaha Agong DAP itu berkata, kempen memboikot produk bukan bumiputera perlu dihentikan kerana ia boleh menjejaskan perpaduan nasional.

Guan Eng berkata, gerakan boikot itu menyebabkan pengguna tidak boleh membeli barangan yang lebih berkualiti, kononnya hanya dikeluarkan oleh syarikat bukan bumiputera.

Beliau juga menyindir kaum bumiputera supaya memboikot telefon bimbit kerana produk itu lazimnya dikeluarkan oleh syarikat kilang di China.- MalaysiaGazette


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Malangnya ada pihak sudah samakan Guan Eng dgn khalifah Omar Abdul Aziz .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa bersama dengan PAS semuanya MASIH WARAS. Termasuk Guan Eng. Kalau tak caya, TANYA SAMA ITU MAT SABU. Gelaran Tun, Tan Sri, Dato Seri dll lagilah boleh tarik balik bila tak sesuai. Inikan pula hanya disamakan.

      Padam
    2. Guan eng sendiri yang menyamakan beliau dengan ingin cuba mencontohi cara pemerintahan khalifah.

      Pastu ada tukang jilat yang meng'iya'kan tanpa melihat dulu kepada track record.

      itu saja...

      tapi bila sudah ditampuk kuasa, keluarlah belang sebenar LGE ni.
      Belang yang diwarisi memang takkan berubah.

      Padam
  2. Menteri2 dan MP melayu yg sama2 bersuara seiring dgn lge, sepatutnya lbh dahulu bersuara bila kumpulan dan kaum tertentu menentang tulidan jawi/khat, mengatakan melayu pendatang dll.. Tp malang bila melayu Islam yg diperkecil, mereka hanya membisu kecuali segelintir

    BalasPadam