Header Ads

ads header

Flash News

India isytihar 4 pemimpin, 2 kumpulan sebagai pengganas


NEW DELHI: India mengisytiharkan 4 pemimpin dan kumpulan Jaish-e-Mohammad (JeM) dan Lashkar-e-Taiba (LeT) sebagai pengganas di bawah undang-undang antikeganasan baru.

Di bawah pengumuman yang dibuat kelmarin, kerajaan India mengisytiharkan Masood Azhar iaitu pemimpin JeM, Hafiz Saeed (pemimpin LeT) dan timbalannya, Zaki-ur-Rehman Lakhvi serta ketua pergerakan bawah tanah Dawood Ibrahim di bawah Akta Pencegahan Aktiviti-Aktiviti Haram (UAPA).

Keputusan itu diambil kira-kira 1 bulan selepas Parlimen India meluluskan pindaan ke atas UAPA.

Mengikut undang-undang UAPA yang terdahulu, hanya satu kumpulan boleh diisytiharkan sebagai sebuah organisasi pengganas. Bagaimanapun, di bawah pindaan baru, kerajaan boleh membuat pengisytiharan itu terhadap seorang individu.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri India berkata: “Fasal (a) subseksyen (1) seksyen 35 Akta tersebut memberi kuasa kepada kerajaan untuk memaklumkan nama seseorang dalam Jadual Keempat Akta, jika beliau dipercayai terlibat dalam keganasan.”

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri juga menyatakan 5 kes keganasan terhadap Masood Azhar termasuk serangan pada 14 Feb di Pulwama yang menyebabkan 40 anggota Pasukan Polis Rizab Pusat terbunuh.

Dalam pada itu, Bernama memetik laporan agensi berita Turki Anadolu berkata, Amerika Syarikat (AS) menyambut baik tindakan India mengisytihar keempat-empat pemimpin terbabit dan JeM dan LeT sebagai pengganas di bawah undang-undang antikeganasan baru.

“Kami berdiri bersama-sama India dan memuji negara itu kerana memanfaatkan kuasa perundangan yang baru untuk berbuat demikian,” kata Pemangku Pembantu Setiausaha Negara AS bagi Hal Ehwal Asia Selatan dan Asia Tengah, Alice Wells menerusi Twitter.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. India sepatutnya mengisytiharkan pemimpin-pemimpin pelampau hindu dalam rejim hindu India sebagai pengganas kerana pelampau-pelampau hindu ini telah menghasut penganut hindu dan sami hindu menindas, menyerang, mencederakan, menyiksa, merogol dan membunuh beribu-ribu umat Islam, membakar rumah dan kedai umat Islam dan memusnahkan masjid dll di India.

    Hasutan pelampau-pelampau hindu inilah yang menyebabkan sebilangan pelampau hindu bebas menyerang, menyiksa dan membunuh umat Islam di India.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Violence against Muslims in India

      https://en.m.wikipedia.org/wiki/Violence_against_Muslims_in_India

      Padam
    2. Ramai di sini yang dah lupa peristiwa Masjid Babri. Tu la jadinya bila percaya tuhan ada anak dan kononya lahir di tapak masjid babri.

      Padam