Header Ads

ads header

Flash News

‘Jangan tutup mata isu bank kutip RM2’


KUALA LUMPUR – Kesemua bank-bank komersil diminta supaya menghentikan kerakusan mereka dengan mengenakan caj tambahan perkhidmatan kaunter dan mesin deposit tunai (CDM) terhadap pelanggan.

Langkah tersebut merupakan satu tindakan ‘zalim’ dan sangat tidak wajar kerana ia bukan sahaja menindas orang ramai dalam kemelut ekonomi sekaran malah menekan rakyat yang sememangnya telah terbeban dengan pelbagai cukai yang perlu dibayar.

Presiden Mahkamah Timbang Tara, Tan Sri Dr. Munsyi Muslim Yacob berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada orang ramai dan beberapa badan bukan kerajaan serta parti-parti politik berhubung perkara yang sama.

Beliau tidak fikir bayaran tambahan antara 50 sen dan RM2 itu sebagai satu cara untuk menambahbaik khidmat yang diberikan oleh pihak bank kepada pelanggan.

“Kalaulah bank itu dalam satu hari mempunyai pelanggan 1,000 orang maknanya dia sudah dapat RM2,000 dengan begitu mudah.

“Perkara ini seolah membawa satu pengertian bahawa bank kekurangan sumber pendapatan ataupun tidak ada lain punca pendapatan ataupun wang RM2 itu untuk dijadikan dividen kepada pemegang-pegang saham yang mungkin bukan rakyat biasa atau pelanggan bank,” katanya kepada MalaysiaGazette di hari ini.

Menurut Muslim, tindakan yang dilakukan oleh bank-bank terbabit menyalahi peraturan dan sistem undang-undang bank sendiri yang tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mengutip bayaran tambahan kepada pelanggan.

Presiden Mahkamah Timbangtara MATE, Tan Sri Profesor Dr. (Munsyi), Muslim Yacob

Beliau turut mempersoalkan kredibiliti Bank Negara Malaysia (BNM) yang seolah-olah menutup mata dengan perkara menimbulkan kemarahan rakyat sekarang.

Sejak beberapa hari lalu, orang ramai merungut apabila beberapa institusi perbankan mengenai caj tambahan perkhidmatan di kaunter dan mesin deposit tunai yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Perkara yang berlaku telah menarik perhatian beberapa pihak termasuk parti politik apabila menggesa pihak kerajaan terutama Kementerian Kewangan menghentikan perkara itu.

Mengulas lanjut Muslim berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada Parlimen agar perkara itu dibahaskan agar tindakan tegas dapat diambil terhadap bank-bank yang cuba menekan rakyat dengan cara itu.

Katanya, Dewan Rakyat boleh membahaskan agar rang undang-undang terhadap digubal sebagai cara mendisiplinkan pihak bank supaya tidak boleh sesuka hati mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan.

Justeru, orang ramai juga boleh menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna dengan menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dengan meluahkan kemarahan kepada wakil rakyat masing-masing. – MalaysiaGazette




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan