Header Ads

ads header

Flash News

Kerajaan jangan gelojoh jual aset negara, kata Khalid Ibrahim


KUALA LUMPUR:
Putrajaya tidak seharusnya menunjukkan kelemahan sebagai pentadbiran yang terdesak mencari dana dalam menguruskan negara sehingga dilihat ghairah menjual aset kerajaan, kata Khalid Ibrahim.

Bekas menteri besar Selangor itu berkata, sikap gelojoh kerajaan menjual aset milik negara secara tidak langsung akan menyebabkan nilai aset berkenaan jatuh di bawah nilai pasaran.

“Kalau jual aset kerana hendak bayar hutang atau kerana hendak biayai perbelanjaan operasi, ini keadaan yang tidak akan menambah harta negara. Bermakna kita sudah mula jual kain baju kita.

“Paling saya takut adalah apabila orang tahu bahawa syarikat itu hendak bankrap, harganya akan terus jatuh. Sebab itu kita kena berjaga-jaga dalam melakukan urus niaga. Tidak boleh tunjuk kita ghairah hendak jual harta benda.

“Jika kita tidak cukup duit, orang sudah tahu. Sebagai contoh, kalau orang hendak beli syarikat bernilai RM1 juta, dia akan tawar hingga RM500,000 kerana tahu kita terdesak,” katanya dalam forum Cabaran Dasar Ekonomi Baru pada Era Malaysia Baru, di PWTC, hari ini.

Khalid berkata demikian selepas diaju soalan oleh hadirin yang hadir berkaitan keputusan Putrajaya menerusi Khazanah yang merancang untuk menjual aset kerajaan yang tidak menguntungkan.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan Khazanah menjual aset bagi mengurangkan beban hutang negara yang ditinggalkan kerajaan sebelum inil.

Menurut Khalid, tindakan kerajaan menjual aset akan menyebabkan ia berhadapan kesukaran dalam mencari sumber kewangan baru untuk tujuan pembangunan.

“Kita kalah dua benda. Harta sudah tidak ada lagi dan hutang pula, kita terpaksa cari duit lain untuk tambah lagi.

“Ini sukar. Kerajaan tidak ada duit, tetapi hendak buat pembangunan, selain mencari cara untuk menjaga harta supaya tidak dijual pada harga yang tidak sesuai,” ujarnya.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Hentikan ja la pembangunan.
    tak habis2 dengan pembangunan.. jual banggunan nak bina banggunan..
    apa punya bahlol.

    Orang lain bila dh tahu takda duit.... depa hentikan semua projek2 yg belum dimulakan.. projek yg sedang berjalan akan dikaji semula untuk mencari ruang penjimatan.

    Minimumkan perbelanjaan Negara .. kita kan tengah ikat perut.

    Ini tak.. dia naikkan gaji menteri bangang yg tak bawa hasil. Tapi nak dipotong benda2 yg berkaitan dengan rakyat . dia cari projek baru (kononnya yg dh dipersetujui o;eh kerajaan lama) sedangkan boleh ditunda dahulu sementara. (cancel pun boleh)

    setiap tahun nak kejar unjuran kenaikkan perkembangan ekonomi ...puihhh

    kalau dah tahu diri tu miskin, tak payah la berbelanja macam orang kaya.

    BalasPadam