Header Ads

ads header

Flash News

Khazanah jual Pusat Perubatan Prince Court RM1.02 bilion tunai


Khazanah Nasional Berhad mengumumkan hari ini akan menjual Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) di Kuala Lumpur pada nilai RM1.02 bilion secara tunai.

Jualan itu berlaku selepas setahun Khazanah membeli hospital berkenaan daripada Petronas.

Menurut pengumuman Bursa Malaysia hari ini, nilai pelaburan Khazanah dalam hospital itu melalui anak syarikatnya Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd adalah sebanyak RM1.086 bilion.

Penjualan itu tertakluk kepada kelulusan pemegang saham lain dan pihak berkuasa yang berkaitan.

Tahun lalu, Khazanah menjual 16 peratus saham dalam IHH kepada Japan's Mitsui & Co Ltd pada nilai RM8.42 bilion.

Ia sekali gus menjadikan Mitsui sebagai pemegang saham terbesar IHH dengan hampir 33 peratus saham.

Pegangan Khazanah dikurangkan menjadi 26 peratus selepas itu.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Saya pun pelabur juga. Kalau pelaburan untung, apa lagi juallah, lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu sekarang. Betul tak?

    Yang jadi isu, beli mahal dan jual murah - makna rugilah. Jadi keputusan Khazanah itu betullah...

    BalasPadam