Header Ads

ads header

Flash News

Luahan bekas anak "tokey" kilang padi Melayu Muslim


Aku tertarik dengan kempen memperkasakan produk melayu islam sejak kebelakangan ni. Alhamdulillah, orang melayu islam rata-rata "baru" mula sedar betapa pentingnya memperkuatkan ekonomi orang melayu kita. Boleh nampak kesan kempen memperkasakan produk muslim melayu ni di kedai dan hypermarket. Alhamdulillah, sambutan kempen ini telah mula menampakkan hasilnya.

Aku tertarik dengan satu pautan gambar produk muslim bumiputera yang disharekan kepada aku.
Di sini, aku nak share satu item dalam beribu2 list produk muslim bumiputera yg di sharekan tu iaitu "beras" makanan ruji kita. Makanan ruji kita telah lama dimonopoli oleh kaum cina walaupun 99.9% petani ni adalah orang Melayu kita. Kita boleh beli beras jenama Faiza, produk Melayu tapi sedar ke tidak bahawa rantaian prosesnya (kilang padi) bagi mendapatkan beras tu sendiri dimonopoli oleh kaum cina. Pihak syarikat Faiza juga perlu beli beras dari pihak cina dalam bentuk pukal kerana kekurangan bekalan beras pukal tersebut.

Memandangkan keluarga aku memang turun-temurun dalam bidang ni, boleh katakan aku ni, anak "tokey" kilang padi la senang, membeli padi, memproses padi menjadi beras dan menjual beras. Tapi, sekarang tidak lagi, bisnes kilang padi turun-temurun ni, hancur dek kurangnya kesedaran memperkuatkan ekonomi melayu islam ni. Kalau la kempen ini sudah bermula 5 tahun dulu tentu masih bernyawa lagi kilang padi warisan keluarga aku.

Aku sharekan pengalaman aku untuk tatapan semua bagaimana boleh tumbangnya bisnes orang melayu kita dek monopoli kaum satu jenis tu. Di Semenanjung Malaysia ni, tahun 2005, kilang padi melayu bumiputera ni ada sekitar 35 buah kilang. Namun sekarang, di tahun 2019 ni, hanya tinggal 12 buah kilang bumiputera melayu sahaja yg tinggal beroperasi.Betul, hanya tinggal 12 buah sahaja kilang melayu. Aku listkan kilang melayu yang masih beroperasi:-

1. KILANG BERAS MIHODA SDN BHD
2. KILANG BERAS MOHD REJAB SDN BHD
3. KILANG BERAS OTHMAN JUSOH BERSAUDARA
4. JABI RICE MILL SDN BHD
5. KILANG BERAS ABIDIN
6. KILANG BERAS KUBANG ROTAN
7.KILANG BERAS DIBUK SDN BHD
8.KILANG BERAS SETIA JAYA
9. KILANG BERAS PERLIS SDN BHD
10. BAN LI RICE MILL SDN BHD
11. KILANG BERAS JELAPANG SELATAN
12.KILANG BERAS MUTIARA TIMUR

Masalah paling besar kilang-kilang Melayu ini adalah untuk mendapatkan bekalan padi. Pelik bunyi kalau aku kata kilang padi tapi padi tak ada di kilang. Isu ni berlaku di kilang padi orang melayu kita termasuk kilang keluarga aku. Kenapa tak ada padi ,haa ni aku cerita, terus terang aku cakap, 99.9% yang usahakan tanaman padi ni orang melayu kita, tapi bila nak dijual padi tu, padi tu dijual di kilang cina.

Keadaan ni berlaku disebabkan penawaran harga insentif/komisyen yg diberikan kilang cina kepada "driver/broker lori" yang angkut padi di sawah. Broker lori tu akan dapat "insentif/komisyen" dari kilang jika dihantar padi tu ke kilang. Lagi banyak padi yg dihantar lagi banyak insentif/komisyen yg dibolot oleh tuan lori ni padahal komisyen tu bukan petani yang dapat pun. Dan terus terang aku cakap, petani tidak kisah pun padi tu dijual di kilang mana asalkan dapat jual sahaja padi yg diusahakan tu. Disebabkan perkara ni lah yg menyebabkan tiada padi yg dijual ke kilang padi melayu bumiputera akibat komisyen yg dikejar. Padi yg diusahakn orang melayu, kebanyakkan dijual ke kilang padi cina.

Disebabkan perkara inilah, banyak kilang melayu bumiputera telah banyak tutup tak mampu beroperasi dek kekurangan bekalan padi. Apabila berlaku kekurangan padi di kilang melayu, kita orang melayu telah hilang kuasa pegangan ekonomi dalam item beras ni. Walaupun tanaman padi tu majoriti melayu kita yang usahakan tapi kilang proses padi menjadikan beras dipegang oleh kaum cina disebabkan oleh penjualan padi ke kilang cina.

Jadi, aku nak seru semua petani, anak-anak yang mak bapak petani, kenalan-kenalan dan kawan-kawan petani, kita mulakan "KEMPEN JUAL PADI DI KILANG PADI MELAYU BUMIPUTERA" bermula dari hari ini. Masih tidak terlambat lagi untuk gerakkan kesedaran ini agar ekonomi makanan ruji ni yg mmg diusahakan orang melayu kita ni dapat diselamatkan. Minta tolong arahkan driver lori/broker ni jual padi yang diusahakan di kilang melayu bumiputera kita. Kepada rakan-rakan kilang melayu bumiputera, kuatkan semangat dan teruskan bertahan dan jangan mengaku kalah dalam jihad ni. Bagi sokongan kepada kilang-kilang melayu yang masih beroperasi ni agar kita boleh kuatkan ekonomi orang melayu kita. Harap sebarkan kepada semua.

Ikhlas dari :-
Bekas anak tokey kilang padi melayu bumiputera

Sekali lagi aku listkan senarai nama kilang padi orang melayu kita untuk kita gerakkan kempen kesedaran ini :-

1. KILANG BERAS MIHODA SDN BHD
2. KILANG BERAS MOHD REJAB SDN BHD
3. KILANG BERAS OTHMAN JUSOH BERSAUDARA
4. JABI RICE MILL SDN BHD
5. KILANG BERAS ABIDIN
6. KILANG BERAS KUBANG ROTAN
7.KILANG BERAS DIBUK SDN BHD
8.KILANG BERAS SETIA JAYA
9. KILANG BERAS PERLIS SDN BHD
10. BAN LI RICE MILL SDN BHD
11. KILANG BERAS JELAPANG SELATAN
12.KILANG BERAS MUTIARA TIMUR




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

6 ulasan:

  1. Salam, cuba letakkan lokasi kilang padi yang di senaraikan tu

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...

    usahakan membongkar modus operandi mereka,
    sebarkan ke FB dan ke telinga pesawah/petani kita dikampung.

    usahakan, jangan hanya pengguna akhir yg boikot hanya di pasaraya.
    kita kena mulakan dari akar umbi.

    1) bahan mentah dijual kepada kilang melayu islam.
    2) Pembekal juga pengedar juga dari kalangan melayu islam.
    3) Penjual mikro dan makro dari kalangan melayu islam.

    barulah benar-benar memberi impak usaha kita mengutamakan produk melayu islam.

    Jadi saya menyeru kepada bakal pengusaha,
    1) buka lebih banyak syarikat pengedaran
    2) mulakan syarikat pengangkutan untuk pengedaran produk
    3) bina syarikat yg khusus dalam branding dan pengiklanan produk.
    4) buka hypermarket menggunakan ratio jualan 70/30
    (70% produk melayu islam dan 30% produk lain-lain.)

    Sudah-sudahlah dengan asyik nak pasarkan atau menjual barangan yg bukan berasaskan makanan. ni berlambak keja nak jual kosmetik ja.
    PRODUK MAKANAN mesti diutamakan, bila dh kukuh baru la kita venture ke produk rumah atau peribadi.

    saya sokong usaha tuan-tuan melebihkan produk melayu islam, cuma sedih bila produk yg kita sokong tu masih juga ada tangan-tangan ghaib yg mengaut keuntungan darinya... walhal pembuat produk hanya untung sedikit...yg untung lebih tu pembekal/pengedar/transportasi..


    BalasPadam
  3. Perkara ni berlaku lama dah...
    Sebelum merdeka nenek moyangku ada kilang beras.. Tetapi lepas merdeka berpindah milik kepada cha ya nun alif.. Dengan bantuan Orang POLITIK MELAYU!!!!

    BalasPadam
  4. Assalam tujuan untuk jual padi kilang melayu memang terbaik, tapi sekarang ni kata jualan padi tak boleh lepas nak permit, tak boleh antar keluar dari negeri, contoh kalau perak jual di perak saja, jadi sekarang ni pun potongan padi terlampau tinggi hingga 50 peratus potongannya.tolonglah Ada yg dapat membantu petani mcm kami ni, supaya nasib petani dibela,pihak kerajaan tak ambil peduli pun pasal permutuan padi ni,

    BalasPadam
  5. Salam,
    Saya turut terkesan dengan perkara ini, sedikit demi sedikit orang melayu terhakis dari dunia perniagaan. Dalam perkara ini orang politiklah yang patut disalahkan terutama yang bertaraf menteri itu. Tidak ada sedikit tanjungjawab kepada negara dan anak bangsa. Mereka sibuk memikirkan duit rasuah, perniagaan untuk diri dan keluarga, kroni dan rakan penjilat di sekeliling mereka/
    Pada saya tidak susah pun jika mereka ini ingin membantu. Jika tiada jalan dan tidak tahu bagaimana, contact saya untuk pencerahan membina jalan tersebut.
    rhmagna16@gmail.com

    BalasPadam
  6. jika hendak menaikan taraf hidup petani ,pengilang dan pemborong melayu kerajaan misti adakan lembaga padi dan beras negara semula. selagi ada bernas yang mengekploitasi mengimpot beras maka beras tempatan akan menjadi bahan kekayaan bagi mereka yang tidak bertanggong jawab.syed moktar bernas tidak pernah memperdulikan tentang industri orang orang melayu. dia memikir untuk buat untung semata mata dengan beras impot beraS SIAM BERIBU RIBU TON TIAP TAHUN.SEKARANG bernas dapat kota untuk impot berAS lagi drp kerajaan 2021 hingga 2031.lepas ini apa akan jadi pada petani petani melayu lagi. sebenar kita malaysia tidak perlu impot beras lagi dah cukup dengan penanaman dua kali setahun. kita harus minta kerajaan BN nanti stopkan impot beras.baru lah petani petani akan dapat harga padi yang baik. saya cukup pengalaman pasal beras saya lah pemborong melayu 100% yang jejak kaki pertama ka kawasan mergong.saya pemborong HJ. ZAKARIA SDN. BHD.SUDAH TUTUP KERANA LPN DI SWASTAKAN.

    BalasPadam