Header Ads

ads header

Flash News

Memperlekeh Anak Bangsa Sendiri


1) Salah satu punca bangsa Melayu dan umat Islam susah nak bangkit adalah, terdapat banyaknya propaganda dan subliminal mesej yang memberi persepsi negatif terhadap bangsa Melayu dan umat Islam.

2) Bangsa Melayu dan umat Islam sering dikaitkan dengan gejala sosial, lepak, rempit, dadah, ketum, cabul, rompak dan sebagainya - samada dalam media masa TV dan surat khabar, filem-filem dan drama TV, dan juga memes dan troll di media sosial.

3) Faktor inilah yang menyebabkan tertanam dalam minda anak bangsa akan hal-hal negatif, menjadikan anak bangsa akan terus terusan bersikap inferiority complex terhadap bangsa lain. Bukan sahaja bangsa sendiri rasa inferior, bahkan bangsa lain pula secara tidak langsung akan memandang rendah.

4) Bangsa-bangsa mana sekalipun dalam dunia, pasti lah ada gejala negatif yang disebutkan di atas. Tetapi bangsa yang hebat dan maju hari ini, mereka tidak angkat pun budaya negatif untuk dihighlight kepada dunia.

5) Di China, tentu mat rempit, mat dadah berbangsa Cina beratus kali ganda lebih banyak daripada orang Melayu di Malaysia. Tapi China tak highlight pun. Apa yang dipropagandakan China? China hari ini mempropagandakan bangsa mereka sebagai bangsa yang hebat dalam perdagangan, hebat dalam teknologi persenjataan, perkapalan, komunikasi dan sebagainya.

6) Secara tidak langsung, anak bangsa mereka akan termotivasi untuk merasakan bangsa mereka bukanlah inferior berbanding bangsa Eropah yang pernah menjajah mereka suatu ketika dahulu. Hari ini mereka menggugat Amerika.

7) Why not bangsa Melayu juga bangkit sehebat China, kerana Tamadun Melayu dahulu kala adalah tamadun yang hebat, bahkan Disnati China dahulu kala pernah membeli berpuluh-puluh kapal dagang dan kapal perang daripada empayar Melayu yang terkenal sebagai empayar yang genius dalam bidang maritim.

8 ) Betapa tidak cherdiknya pemimpin yang memperlekeh anak bangsa sendiri dengan meme dan troll yang negatif, bahkan tidak berpjak di bumi nyata. Seolah-olah anak bangsanya itu semuanya kaki ketum, kaki tuak. Ia bukan benda baru, ia adalah rentetan daripada doktrin sekian lama yang menegatifkan bangsa sendiri, sehinggakan diri sendiri rasa hebat dan seronok pula menghina bangsa sendiri.

9 ) Macamlah orang Melayu/Muslim tak reti bikin minuman coklat, kopi, susu, dan segala jenis produk makanan. Berlambak di pasaran, cumanya kurang popular dan kurang sokongan. Tambahan pula doktrin-doktrin berpanjangan bahawa produk Melayu/Muslim low quality, low class etc.

10) Pemimpin seperti ini tidak menambah nilai jatidiri umat untuk bangkit. Hanya bersarang dalam hati dan mindanya untuk menggembirakan hati orang lain dengan cara memperlekeh anak bangsa sendiri. Buatlah kursus jatidiri, seminar, plan tindakan, dan apa jenis program sekalipun, anak bangsa tidak akan bangkit daripada terus bersikap inferiority complex untuk dua tiga generasi lagi jika pemimpin seperti ini masih wujud.

Sekian

Dr Tanaka Mustafa
MR :  Tarmizi ni bodoh drp dulu, Harakah rugi dia antara puncanya


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Dr Tanaka..

    Tak payah kecoh pasal hal macam ni...
    Account tu semua majority FAKE.
    RBA banyak buat keja macam ni.
    Last-last kita akan mula bertengkar sesame sendiri.

    Emosi kena jaga time perang psikology ni.
    Ni bukan perang pakai peluru, tipu daya musuh tu banyak.

    Admin laman atau group perlu pantau dan keluarkan org2 berkomen sebegini di dalam group/laman mereka untuk mengelakkan langkah kita disekat oleh anasir yg kita rasa datang dari golongan sendiri...
    Padahal tak pasti lagi kebenaran identity ora yg memperkecilkan tu.

    Tak payah la sampai dilontarkan permasalahan dengan kata melayu tak leh bangkit sebab org macam ni la..melayu takkan bangkit sebab org macam ni ada la..

    KITA DAH MULA BANGKIT...

    bukan mimpi lagi dah...
    rapatkan saf.
    tentukan hala tuju
    berserah pada allah.

    BalasPadam
  2. orang bodoh macam tarmizi tu pun memang ramai..
    tapi perlukah kita alihkan isu dari mengutamakan produk kita ke arah mengata org-org seperti beliau..

    abaikan..
    teruskan langkah.

    BalasPadam