Header Ads

ads header

Flash News

Mulakan dengan membeli akhbar setiap hari


Utamakan produk Melayu Islam? Mulakan juga dengan membeli paling kurang senaskhah mana-mana akhbar setiap hari yang berharga dari RM1.20 hingga RM2.

Kalau ahli parti politik pula wajib beli akhbar lidah rasmi parti yang hanya terbit seminggu sekali. Kalau Suara Keadilan lepas PH jadi kerajaan, terbit dua minggu sekali.

Sepatutnya, 222 kerusi Parlimen apa lagi ratusan kerusi DUN yang sudah dimenangi di seluruh negara wajib beli dan bayar paling kurang satu 'bundle' akhbar lidah rasmi parti letak di pejabat dan edar di kawasan masing-masing. Baru betul utamakan produk keluaran Muslim!

Sebab apa? Akhbar berbahasa kebangsaan menampung sejumlah besar orang Melayu Islam daripada editorial hingga ke percetakan.

Bahkan, rangkaian pengedaran media juga menjadi sumber rezeki kepada orang bukan Islam yang baik dan tidak pasang bendera terbalik apa lagi menghina Islam sebab mereka sudah lazim bercampur dengan orang Melayu.

Tak guna orang Melayu hanya sembang utamakan produk Muslim atau lebih kencang boikot barangan Cina tapi tak mahu beli akhbar bahasa Melayu walau senaskhah setiap hari malah tak malu mengaku 'aku lama tak baca paper dah. Sekarang online je'.

Lihat orang Cina. Contohi sikap dan budaya hidup mereka yang positif. Selain habis minum dan mengusung sebotol air masak/air putih/air mineral, orang Cina rata-ratanya boleh dianggap pembaca tegar dan punya rasa tanggungjawab bersolidariti menyokong akhbar bahasa mereka.

Orang Cina tua dan muda kalau anda perhatikan dalam LRT tengah KL pun masih boleh kita lihat tidak segan kepit dan selak akhbar bahasa mereka.

Walaupun gajet di tangan dan maklumat di hujung jari, pekerja muda Cina di bengkel motor dari tengah Chow Kit, KL hingga di ceruk Hulu Selangor pun baca akhbar bahasa mereka sambil menanti pelanggan.

Tidak hairanlah, di rak akhbar tengah KL, paling kurang lima jenis akhbar Cina ada di pasaran dengan helaiannya jauh lebih tebal berbanding akhbar Melayu apa lagi akhbar Tamil.

Selain iklan, mereka juga banyak isu dimuatkan daripada hal politik, ekonomi, pendidikan, kepenggunaan hingga jalan berlubang di taman perumahan - isu setempat/komuniti - hasil daripada sokongan padu sekian banyak syarikat dan pertubuhan 'hua tuan' mereka.

Dan nampak ketara juga kerap laporan mereka hatta di muka depan lengkap dengan tanda seru - satu gaya penerbitan yang jarang dibuat akhbar berbahasa kebangsaan.

Kadang-kadang tajuk atau teks sebelah tajuk dalam 'belon dialog' yang bergerigi lazimnya simbol marah kalau dalam komik selain tentunya guna tulisan besar-besar dan merah menyala.

Melayu? IQRA = BACA apa? Asyik sembang politik kepartian pun tak bermanfaat. Kau kecam parti aku, aku kutuk parti kau yang sama-sama Melayu Islam. Padahal, orang Cina sejak puluhan tahun dulu berstrategis walaupun dia MCA-Gerakan-DAP kalau bab pendidikan dan identiti juga kepentingan atau prinsip kaum mereka saling sepakat mendesak kedua-dua blok sama ada pemerintah dan oposisi.

Melayu elit politik dan elit ekonomi pula ramai jenis pentaksub Barat = Anglophile juga pandang rendah pada nilai budaya bangsa sendiri walaupun dia dulunya produk MRSM atau UiTM yang semangat penubuhannya untuk menolong orang Melayu dalam meningkatkan mobiliti sosial.

Tapi apabila sudah bergaji tinggi, lupa diri, hanya mahu lepas diri sendiri, mahu jadi lebih orang putih mengalahkan orang putih, sudahlah tiada usaha untuk membalas kembali dengan membantu bangsa sendiri bahkan memperlekeh pula kononnya Melayu tidak pandai berdikari bergantung pada subsidi.

Paling mudah bab bahasalah. Nak buat program sembang dengan orang kampung atas nama kerajaan pun pakai istilah "town hall". Rapat Umum boleh guna. Nak nampak lagi mesra marhaen, Dialog Rakyat pun boleh guna. Tapi? Kalau sudah berjiwa hamba, apa nak buat, pakai 'tie' besar tapak tangan pun tak guna malah tambah mudarat pada bangsa, agama dan tanah air kemudian hari.

Berdisiplin
Membaca mengasah pemikiran kritis dan strategis. Membaca teks pada akhbar melatih kita lebih 'berdisiplin' apabila perlu baca dan selak lihat paling tidak tajuk di setiap helaian.

Kalau membaca pada gajet, jari mudah untuk 'skip' dan baca apa yang kita minat saja.

Apa lagi bagi aktivis dan pemimpin kerajaan juga pegawai kerajaan membaca akhbar wajib jadi rutin harian supaya tahu apa isu semasa bukan sekadar politik parti tapi paling penting isu negara dan kelangsungan data hidup masyarakat berdepan dengan eksploitasi kapitalisme dan kemusnahan alam sekitar yang terdesak dan bergolak dalam dan luar negara.

Membaca akhbar berbeza dengan membaca pada skrin portal berita. Akhbar lazimnya ada laporan eksklusif yang dikerjakan oleh pasukan siasatan. Contohnya, lihat muka depan BH dan Harian Metro hari ini.

Akhbar juga memperuntukan beberapa muka surat khas untuk satu topik panas dengan mengambil pelbagai pandangan tentang isu sama.

Contohnya, Sinar Harian hari ini tampil dengan tajuk tumpuan had umur persaraan kekal 60 tahun. Malah, ada transkripsi program khas akhbar ini, Wacana di muka 8 dan 9.

Ya. Isu semasa seperti Dr Siti Zainon Ismail dianugerah Sasterawan Negara ke-14 sudah pun dilapor portal berita semalam.

Tapi dalam akhbar laporannya lebih terperinci lengkap dengan grafik senarai penerima SN terdahulu.

Jadi, mulai hari ini belilah paling kurang senaskhah akhbar setiap hari. Tak jejas belanjawan bulanan pun. Paling tidak, apabila sudah jadi 'paper' lama boleh kitar semula tak pun boleh guna balik untuk urusan harian buat alas, lapik atau bungkus itu, ini.
ARIF ATAN


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. brader ni dah lupa kot kenapa akhbar melayu (bukan akhbar suara parti naa)doboikot orang melayu islam sendiri..?

    lupa..?
    - kewartawanan sampah yg banyak berfikiran liberal.
    - fitnah... yang ni tak payah cerita la ..bosan dh
    - Spin cerita cerita supaya selari dengan pendirian kerajaan
    - Separuh dari akhbar berunsur hiburan dan artis
    - Separuh lagi berita seks
    - Accident 1-2 cerita
    - Banyak cerita politikus menabur budi (rasuah/gula-gula)
    - Banyak cerita sukan sampaikan tennis dgn golf yg majority pembaca tak peduli pun dilampirkan bersama.

    Pembacaan ilmiah kah itu..?

    Harian metro x payah cakap terus la... standard bungkus nasi kat kedai ja.

    iya... yang bunuh karrier orang melayu di syarikat akhbar itu ialah reporter dan penerbitan.

    Apa kata pihak akhbar reform balik cara akhbar kalian diolah... penuhkan dgn pemberitaan berkualiti.

    insyaallah..pembaca akan tertarik.

    BalasPadam