Header Ads

ads header

Flash News

Munajat satukan umat yang lama berbalah


KUALA LUMPUR: Perpaduan Ummah mesti dipelihara dengan istiqamah dan konsisten menjaga akidah diri dan sesama Muslim iaitulah dengan melaksana perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh menitipkan pesanan tersebut dalam peringatannya pada Wacana Wanita Perpaduan Ummah di Dewan Tun Hussein Onn di PWTC, sebentar tadi.



Nasihatnya, akidah yang boleh turun naik dan hilang itu perlu diperteguhkan dengan ilmu kebenaran hingga merasa cinta pada-Nya, seterusnya berjuang untuk agama Allah dengan penuh disiplin.

Beliau melanjutkan penjelasan mengenai disiplin antaranya mematuhi atau mengikuti setiap arahan pimpinan yang telah diputuskan jamaah dengan penuh kepercayaan sebagai satu bentuk kekuatan saf.

Ustazah Nuridah juga mengungkapkan kepentingan doa sebagai senjata Mukmin, selain peranan memahamkan ahli keluarga dan orang terdekat dengan usaha dakwah berterusan tanpa ada perasaan putus asa.

Terdahulu para peserta memulakan slot Zikir Munajat pimpinan Ustazah Nuridah, disertai solat sunat Dhuha dan Hajat berjamaah yang menyaksikan umat yang selama 60 tahun bertelingkah kini bersatu.

Isi doa yang dibaca juga penuh harapan dan keyakinan teguh agar penyatuan antara kedua pihak menatijahkan gelombang muafakat kuat dan mendapat redha Allah Taala. - HARAKAHDAILY 13/9/2019




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan