Header Ads

ads header

Flash News

Najib Dan Perkhidmatan Awam


Saya lahir daripada keluarga penjawat awam. Ibu saya seorang guru dan jawatan terakhir ayah saya sebelum bersara (tahun 2001) adalah Timbalan Pengarah. Perkhidmatan awam pada zaman PM ke 4 tidak begitu baik. Ayah saya hanya memandu Perodua Rusa. Ibu saya naik Kancil 660cc paling basic yang tak ada radio.

Apabila Pak Lah menjadi PM ke 5, beliau memilih untuk menaikkan mutu perkhidmatan penjawat awam. Tahun 2007, gaji penjawat awam dinaikkan setinggi 35% sementara elaun sara hidup dinaikkan sekali ganda. Kesannya, kadar rasuah dikalangan penjawat awam bawahan menurun secara mendadak

Pada zaman DS Najib Razak mewarisi jawatan eksekutif no 1 negara, beliau meneruskan legasi ini. Tetapi dengan fokus khas bagi penjawat awam pangkat rendah yang tertakluk kepada golongan B40. Antaranya:

1. Tahun 2012, gaji penjawat awam dinaikkan setinggi 12%. Pencen minimum dinaikkan dari RM720 kepada RM820 sebulan dan elaun sara hidup dinaikkan RM50 kepada penjawat awam yang bertugas di pinggir bandar.

2. Tahun 2013, kenaikan pangkat secara besar-besaran PDRM dan ATM berdasarkan time-based dan perubahan lapisan gred. Skim Perumahan Penjawat Awam (PP1M) diwujudkan dengan sasaran 200 ribu unit rumah disiapkan menjelang tahun 2020.

3. Tahun 2015, imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada minimum RM300

4. Tahun 2016, gaji minimum dinaikkan daripada RM832 kepada RM1200. Pencen minimum dinaikkan lagi kepada RM950 sebulan.

Prinsip DS Najib ketika itu senang dibaca. Anda mahu perkhidmatan awam memberikan servis terbaik, bayar mereka setara dengan kualiti kerja mereka. Anda mahu perkhidmatan awam memberikan fokus dan tenaga 100%, pastikan kemudahan asas dan pendapatan mereka mencukupi.

Dan insentif yang pelbagai ini dibalas oleh penjawat awam melalui prestasi tinggi badan-badan kerajaan. Anda boleh lihat bagaimana UTC dan RTC diwujudkan - memberikan servis pantas kepada rakyat.

Akhirnya masa rakyat tidak terbuang dan boleh digunakan untuk aktiviti ekonomi yang memberi kesan kepada peningkatan pungutan cukai, kewujudan pekerjaan baru dan kenaikan gaya hidup.

Bayangkan bagaimana Bank Dunia sendiri mengiktiraf UTC dan RTC sebagai antara model perkhidmatan kerajaan terbaik dunia

Ini kitarannya. Saya tidak tahu sama ada kerajaan baru faham kitaran ini.

Sebab itu dalam 7 tahun pertama pentadbiran beliau, 2.26 juta pekerjaan diwujudkan. Saya tidak tahu berapa juta pekerjaan yang PH dah buat. Mungkin 5 bilion selepas wujudnya Gojek

Malah hebatnya golongan pekerja diMalaysia sehinggakan pada tahun 2017, KWSP diiktiraf oleh State of The Global Islamic Economy sebagai badan yang mempunyai pelan simpanan Islamik paling besar di dunia.

Berapa caruman terkumpul KWSP? RM814.4 bilion pada 2017 berbanding RM341.6b pada 2009.

Hari ini kita terbaca bagaimana seolah olah penjawat awam adalah beban. Seolah olah penjawat awam bergaji terlalu besar. Seolah olah bayaran pencen mereka membazirkan harta negara.

Saya teringat gambar 2 orang jururawat bangga mengibarkan bendera PKR di hadapan Seri Perdana pada malam 9 Mei 2018

Apa khabar mereka agaknya

Abdul Rahim Hilmi ZakariyaBukit Tunggal Kuala Terengganu





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

9 ulasan:

  1. dlm pembangunan dan kesejahteraan negara setiap katogori rakyat mesti di imbangi sesuai dgn pendapatan negara ,oleh itu tugas negara perlu mengimbangi x ada arti nya penjawat awam di layani sebagaimana anak kesanyangan sedangkan majority rakyat awam berada dlm klas b40 ...

    BalasPadam
  2. Padan muka penjawat awam yg pangkah PH.. sekarang apa kesenangan yg hangpa dapat dr kjaan PH???

    BalasPadam
  3. Kita harus bijak memilih, PRU 14 adalah satu pengajaran buat yg tidak tahu bersyukur dan berterima kasih,jgn biarkan perkara yang sama berlaku pada PRU 15 nanti

    BalasPadam
  4. Bg pendapat sy(tdk memihak mn2 parti),utk menilai sesuatu perkara,kita harus gunakn akal fikiran kita dgn sebaiknya. Maksud sy,kita buatlah penilaian sebaiknya dgn pemerintahan BN selama 60 thn dgn pemerintahan PH hanya 1thn. Adilkah bg kita utk menjatuhkn/menilai pencapaian PH yg hanya 1 thn.Bg sy mmg tdk adil utk mempersalahkn kerajaan skrg. Cuba kita fikir sendri,blhkah kita menyelesaikn masalah dlm 1 hari.Begitu jg lah halnya dgn kerjaan skrg. Mereka sedaya upaya utk menyelesaikn permasalahan negera pd masa ini.oleh itu,sebagai seorg rakyat yg mempunyai akal fikiran yg bijaksana berilah mereka peluang dlu utk settlekn mslah ini. Jgn hanya kita ini terlalu taksud/membenci seseorg kita begitu mudah/cepat utk membuat sesuatu penilaian negatif.sama2 kita fikirkn.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalammualaikum sahabat.

      Bila saya menggunakan akal dengan sebaiknya... maka ternampaklah masalah sebenar.
      Bila diteliti perenggan pertama artikel yg menceritakan sejarah keluarganya, ada menyebut "Perkhidmatan awam pada zaman PM ke 4 tidak begitu baik." ...

      Maksudnya Pada zaman Mahathir yang 23 tahun tu perkhidmatan awam kita tak kemana.

      Kemudian zaman paklah yg tak seberapa lama tu ada peningkatan.
      Dan disudahi dengan zaman Najib yg boleh dikatakan 'ZAMAN EMAS' pekerja perkhidmatan awam.
      Penutup cerita berkisar kembali pada PM yang bernama Mahathir kembali.

      Ini bukan soal parti... ini soal sosok yang bernama Mahathir.
      Tak peduli lah parti mana pun beliau berada, sama saja hasilnya.. Kelaut pada 23 tahun sebagai PM ke4 dan kini kelaut semula pada zaman PM ke7.

      Jadi dari sudut manakah saudara melihat permasalahan ini ?
      Apabila Pak Lah dan Najib menyelesaikan permasalahan kualiti sektor awam sehingga ke tahap tinggi dan mendapat pengiktirafan.
      Datang pula sosok Mahathir nak menjatuhkannya kembali..?

      "Bolehkah kita menyelesaikan masalah dalam 1 hari" kata tuan...
      Memang tak boleh... kita ambil masa 2 PM baru selesai.

      Tapi dalam 1 hari (tak sampai suku penggal) dibinasakan Mahathir.
      60 tahun BN tolak 23 tahun Mahathir (yg tak bawa makna) = 37 tahun.

      37 tahun menaikkan... suku penggal dijatuhkan semula.

      Bijaksanakah orang yg sanggup tunggu dan lihat lebih lama..?

      Padam
  5. Dah dok elok2 negara watpa amik yg ntah bukan2 tadbir negara.. Yg majoriti tau party Dap tu apa.. Ni negara Islam.. Bumiputeranya melayu.. Ni tanah melayu.. Bongok sapa pilih ph.. Semua menteri mmg korup pun.. Tp yg ni korup Dan Makin teruk dah

    BalasPadam
  6. Aku nak tengok sampai sebelum PRU 15 ni apa lagi kerajaan PH ni nak buat. Kalau tetap mengencing yang bukan-bukan, undi aku pun akan bertukar pada pakatan parti politik yang lain. Sorry PH, cukuplah korang jadi kerajaan sepenggal.

    BalasPadam
  7. Setiap parti yg menjadi pemimpin kerajaan mesti mencari jalan yg terbaik untuk rakyat. Nampaknya ph ni hanya pandai berkata2 saja sebelum menjadi pemimpin kerajaan. Pencen bkn isu jika mrk pandai mentadbir negara dengan betul. Apa yg rakyat lihat, pemimpin ph mempunyai agenda parti masing2 bknnya agenda untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya. Harap pru15, ph direhatkan dr menjadi kerajaan.

    BalasPadam