Header Ads

ads header

Flash News

PAS gesa tubuh pasukan khas, teruskan prosiding terhadap peguam negara


PETALING JAYA: PAS menggesa polis segera menubuhkan pasukan siasatan khas dan membuka semula kertas siasatan pembunuhan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata kes ini perlu disiasat sehingga ke akar umbi dan polis perlu menerima keputusan yang dibuat oleh mahkamah koroner sebagai keterangan prima facie.

“PAS yakin pihak polis dengan bantuan semua pihak yang mahukan keadilan ditegakkan terutama melibatkan penjawat awam yang mati semasa dalam tugas mampu menangkap dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahkamah memutuskan Adib menemui ajal akibat perbuatan pihak ketiga yang menyerang dan memukul beliau dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 pada 27 Nov lalu.

Koroner Rofiah Mohamad yang mendengar prosiding inkues kematian Adib memutuskan perkara itu setelah berpuas hati dengan keterangan saksi sepanjang siasatan berjalan.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata PAS turut menggesa prosiding menghina mahkamah terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas diteruskan dengan tanpa gangguan.

Beliau berkata ini bagi memperlihatkan keadilan ditegakkan dengan tanpa gentar atau memihak.

“Tindakan ini perlu bagi meningkatkan keyakinan rakyat jelata terhadap Jabatan Peguam Negara khasnya dalam menegakkan keluhuran undang-undang dan menjamin keadilan,” katanya.

Takiyuddin berkata PAS berpuas hati dengan keputusan inkues kematian Adib yang dibuat oleh Rofiah hari ini.

“Iaitu kecederaan dan kematian Allahyarham adalah akibat daripada tindakan jenayah sekumpulan individu yang tidak dikenali,” katanya.

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Tunggu saja jawapan dari AG . PM . DSA. DAP . Pasti ada jawapn putar alam .

    BalasPadam