Header Ads

ads header

Flash News

Pesuruhjaya PAS Perlis rebah ketika berceramah - Laporan


Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli terjatuh ketika berceramah lalu tidak sedarkan diri.

Ketika kejadian beliau sedang menyampaikan berucap pada Ceramah Perdana Muafakat Nasional Peringkat Negeri Perlis di Dewan Wawasan 2020, di Kangar malam ini, lapor Astro Awani.

Mohd Shukri selanjutnya dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Menurut laporan Astro Awani lagi, Mohd Shukri baru saja memulakan ucapannya sebelum kelihatan kurang bermaya dan gagal berdiri dengan stabil lalu rebah ke belakang rostrum.
Iklan

Ketika itu, beberapa penceramah dan juga penonton dilaporkan meluru ke arah beliau bagi menghulurkan pertolongan.

Kejadian itu disaksikan secara langsung menerusi siaran laman Facebook PAS dan Umno Online.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan