Header Ads

ads header

Flash News

Punca Mengapa Suara DAP Suka Kutuk Melayu Islam


Pertanyaan daripada rakan-rakan Facebook, khususnya Dr Hisham Sharif dari UUM, mengenai punca sebenar mengapa Dr Tajuddin Rasdi bersikap terlalu kritikal terhadap Melayu Islam mendorong saya membuat sedikit kaji selidik ke atas latar belakang beliau.

Bahawa Dr Tajuddin suara DAP memang tidak boleh dinafi, dalam Sinar Harian pada 15 Jun 2019 beliau mempertahankan DAP dengan menyebut pandangan negatif mengenai DAP hanyalah “momokan parti-parti lawan yang tidak berintegriti serta tidak bermoral Islam”.

Dr Tajuddin juga mempertahankan Cina, dalam Free Malaysia Today pada 10 Januari 2019 beliau menulis apa yang Melayu fikir mengenai Cina adalah benda palsu yang direka oleh ahli-ahli politik yang “unscrupulous” dan pemimpin-pemimpin agama yang “questionable”.

Tulisan Dr Tajuddin dalam Sin Chew pada 30 Ogos 2019 pula menyebut Malaysia akan menjadi negara dunia keempat tetapi UEC, khasnya Melayu yang keluar dari UEC, akan menjadi sesatunya penyelamat kepada negara (the UEC is the only savior of this nation).

Sebab itulah Dr Tajuddin merupakan penyokong kuat kepada pengiktirafan UEC, penambahan kuota matrikulasi kepada bukan Melayu dan pembukaan UiTM kepada bukan Melayu selain merupakan penentang kuat pelaksanaan tulisan khat jawi di sekolah.

Pandangan politik Dr Tajuddin pula adalah sangat jelas, ini dinyatakan oleh beliau antaranya melalui tulisan dalam Free Malaysia Today pada 3 Mac 2019 dan dalam forum anjuran Dong Zong di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor pada 5 Ogos 2019.

Tulisan dalam Free Malaysia Today pada 3 Mac 2019 menyebut beliau mahu PH mengabaikan terus Melayu kerana melayan Melayu akan menyebabkan bukan Melayu lari dari PH dan mahu PH menggunakan strategi memfokuskan kepada bukan Melayu.

Ucapan dalam forum anjuran Dong Zong pada 5 Ogos 2019 menyebut beliau mahu PH tidak takut kepada undi Melayu kerana telah terbukti kepada beliau Melayu tidak akan mengundi PH dan kerana hanya dengan berbuat begini baru Malaysia boleh bergerak ke hadapan.

Tulisan dalam Free Malaysia Today pada 3 Mac 2019 juga menyebut beliau menentang Islam menjadi naratif utama dan ini ditegaskan juga dalam forum anjuran Penang Institute pada 27 Februari 2019 dengan menyebut “Islam adalah tenaga pemusnah dalam pembinaan negara”.

Dr Tajuddin mengkritik Mufti-Mufti melalui tulisan dalam Sin Chew pada 30 Ogos 2019 dengan menyifatkan mereka “gangsters” manakala Menteri Agama, Datuk Dr Mujahid Yusof, dalam forum anjuran Dong Zong pada 5 Ogos 2019, disifatkan sebagai “a failure”.

Turut dikritik oleh Dr Tajuddin dalam forum anjuran Penang Institute pada 27 Februari 2019 adalah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah, di atas titah pada 20 Februari 2019 supaya umat Islam tidak mentafsirkan al-Qur’an mengikut akal dan logik semata-mata.

Tulisan dalam Free Malaysia Today pada 12 Ogos 2018 pula mahukan bukan Islam dilantik ke dalam jawatankuasa atau lembaga pengarah institusi-institusi Islamik, di mana 20% Lembaga Pengarah JAKIM perlu dari bukan Islam selain LGBT, Ahmadi atau Syiah.

Ucapan dalam forum anjuran Dong Zong pada 5 Ogos 2019 juga menyebut beliau mahu matapelajaran di sekolah distruktur semula dengan memasukkan sejarah komuniti lain, khasnya Kristian, dari mana mereka datang dan apa sumbangan mereka kepada negara.

Saya tidak pasti dengan jelas punca sebenar mengapa Dr Tajuddin terlalu kritikal terhadap Melayu Islam, cuma dalam forum anjuran Penang Institute pada 27 Februari 2019 beliau berbangga beliau bersekolah di St Mark Primary School dan St Mark Secondary School.

Melalui tulisan dalam The Star pada 23 September 2012 dan Free Malaysia Today pada 10 Januari 2019 pula, beliau berbangga beliau berpindah ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Lian, Taiping, sewaktu dalam tingkatan dua dan kekal hingga tingkatan enam bawah.

Melalui tulisan dalam The Malaysian Insider pada 27 Ogos 2014, beliau berbangga kerana memilih untuk berhenti belajar Islam mulai dari tingkatan dua selepas berpindah ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hua Lian, Taiping, kerana “I was, therefore never indoctrinated”.

Apa yang jelas, bagi beliau, kepercayaan Melayu bahawa Islam agama terbaik adalah tidak betul, dan ini beliau nyatakan melalui tulisan dalam The Malaysian Insider pada 17 September 2010 yang menyebut Melayu Islam menghidap “perfect religion syndrome”.

Mengenai latar belakang keluarga, melalui tulisan dalam The Star pada 23 September 2012 beliau menyebut bapa beliau adalah polis berpangkat prebet manakala dalam forum anjuran Penang Institute pada 27 Februari 2019 beliau menyebut bapa beliau “drank alcohol”.

Dengan pandangan menyongsong arus begini, tidak peliklah beliau semakin popular di kalangan bukan Melayu bukan Islam, peliknya mengapa pula akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia dan Sinar Harian juga memberi ruang kepada beliau sebagai kolumnis?

SENARAI RUJUKAN:
https://web.facebook.com/…/retracing-islam…/566167510528292/
https://www.facebook.com/channel361/videos/1370545093093295/
https://www.kinitv.com/…/0e324999-8a38-41e9-9e86-78535d7b45…
http://mysinchew.sinchew.com.my/node/122156
https://penanginstitute.org/…/retracing-islamic-narratives…/
https://www.freemalaysiatoday.com/…/…/i-told-you-so-pakatan/
https://www.freemalaysiatoday.com/…/the-malay-boy-who-live…/
https://www.freemalaysiatoday.com/…/islam-is-a-malaysian-i…/
https://www.thestar.com.my/…/dr-mohamad-tajuddin-holds-memo…
https://www.sinarharian.com.my/…/Mengapa-Melayu-perlu-fobia…
https://www.sinarharian.com.my/…/Jangan-tafsir-al-Quran-iku…
https://blog.limkitsiang.com/…/raising-a-family-of-true-ma…/
https://dinmerican.wordpress.com/…/malay-muslims-and-the-p…/

Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

4 ulasan:

  1. Melayu kafir rupanya..
    punca..?
    dari ibu bapa yg tekankan pendidikan agama sedari kecil.

    akhirnya... tu lah jadinya.

    P/S : Mulakan dgn anak kita dulu. Jauhkan mereka dari sekolah cina.

    BalasPadam
  2. Nmpak nya Dr Tajuddin ni kna bnyak2 brishtifar. Apakah Dr tajudin tdak ingat mati. Mengucap la bnyak2 Dr.

    BalasPadam
  3. ALLAH dh bagi tahu orang kafir tidak sekali kali akan redha dgn Islam dan penganutnya,tapi kita x ambil perhatian bahkan lawan pulak dgn mengangkat mereka sebagai pemimpin....orang2 munafik tu sejak zaman nabi lagi dh wujud,jd x perlu hairan dgn pendiriannya....

    BalasPadam
  4. Betul ke dia ni agama islam. Klu islam bukan jawap mcm ni. Ni jawapan mcm org kluar dari islam

    BalasPadam