Header Ads

ads header

Flash News

Salleh Said, Pandikar Amin masuk PKR?


KOTA KINABALU: Kini tersebar spekulasi bahawa bekas menteri Salleh Said Keruak dan bekas speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia akan menyertai PKR.

Ketua penerangan United Sabah National Organisation (Usno) Musli Oli memberitahu FMT, 2 pemimpin itu merupakan antara sebilangan pemimpin penting komuniti Bajau di Sabah yang akan mengambil langkah itu.

Ia dilihat sebagai satu lagi penghijrahan besar bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) berikutan langkah keluar parti ramai pemimpin Umno Sabah tahun lepas.

Musli berkata, mereka memilih PKR kerana kedudukan parti itu dalam kerajaan pusat, dengan menambah, tidak seperti PPBM, PKR dilihat sebagai parti yang berpengaruh.

Pandikar menyertai Usno pada Mei selepas keluar Umno pada Disember tahun lepas bersama-sama beberapa puluh orang yang lain.

Bekas ketua penerangan Umno Sabah itu dilantik sebagai penasihat strategi Usno, tetapi meletakkan jawatan bulan lepas.

Difahamkan bahawa Pandikar dan Salleh bersama-sama beberapa yang lain akan menyerahkan borang permohonan menyertai PKR selepas sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini.

Ketika dihubungi, Salleh menafikan desas-desus itu, tetapi berkata, United Sabah Bajau Organisation (Usbo) menjemput pemimpin PKR, Anwar Ibrahim menghadiri satu program “bukan politik”.

“Anwar akan menghadiri program anjuran Usbo bersempena Hari Malaysia. Pandikar adalah presiden Usbo dan saya penasihatnya. Ia bukan acara politik,” katanya.

Pemimpin PKR Sabah bagaimanapun enggan mengulas perkembangan itu.

Kedua-dua Pandikar dan Salleh merupakan sebahagian daripada Usbo, sebuah pertubuhan yang menjaga kebajikan komuniti Bajau, terutama yang tinggal di pantai barat Sabah.

Penyertaan mereka dalam PKR dilihat akan menguatkan sokongan kepada parti pelbagai kaum itu dalam kalangan komuniti Bajau.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan