Header Ads

ads header

Flash News

Tidak tahu cakap Melayu bongkar sindiket MyKad di Pulau Pinang


KUALA LUMPUR, 12 Sept — Kegagalan seorang warga China menjawab soalan pegawai imigresen mendedahkan sindiket penipuan MyKad.

Harian Metro yang memetik sumber berkata wanita berkenaan datang ke Jabatan Imigresen Pulau Pinang minggu lalu untuk memohon pasport Malaysia.

“Wanita terbabit gagal menjawab semua soalan yang diajukan di dalam bahasa Melayu, sebaliknya hanya tersenyum,” kata sumber.

Pegawai imigresen terbabit kemudian membuat aduan dan polis menubuhkan satu pasukan khas bagi mengesan dalang kegiatan itu.

“Hasil intipan dan siasatan, pasukan khas berkenaan menahan pegawai kanan Jabatan Pendaftaran Negara di pejabatnya sebelum menahan seorang lagi lelaki dipercayai ejen atau runner kepada pegawai kanan terbabit.

“Manakala wanita asing berkenaan ditahan lebih awal,” lapor akhbar itu.

Modus operandi sindiket menggunakan ejen yang akan membawa butiran pelanggan untuk diproses kepada pegawai kanan berkenaan selepas menerima bayaran.

“Semua urusan tunai. Satu MyKad dijual antara RM50,000 hingga RM100,000,” sumber dilaporkan berkata.

MR :  Dah lama, baharu sekarang nak kesan.... 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan