Header Ads

ads header

Flash News

Tidakkah Penyokong Indonesia Memalu dan mundur


Alhamdulillah selamat tiba di Malaysia. Tahniah buat pasukan Malaysia atas kemenangan ke atas Indonesia 3-2 yang penuh dramatik, namun di sebalik kegembiraan terselit sedikit kesedihan atas apa yang berlaku di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta semalam.

Kejadian bermula seawal para penyokong Malaysia tiba di luar stadium apabila mereka disambut dengan balingan batu oleh penyokong Indonesia. Malah lebih mengecewakan sebelum sepak mula penyokong Indonesia mula memprovokasi dengan pelbagai tifo yang buat Ultras Malaya tidak senang duduk, namun mereka abaikan.

Ketegangan semakin memuncak apabila Ultras Malaya dan penyokong Malaysia mula diserang dengan cacian dan lebih teruk dengan balingan pelbagai objek termasuk air kencing !

Selepas sahaja jaringan penyamaan oleh Syafiq Ahmad, mereka mula bertindak lebih liar apabila mula memasuki padang untuk ke tempat penyokong Malaysia dan sempat mengambil bendera Malaysia untuk dilarikan. Saya yang berada di penjuru padang turut melarikan diri kerana mereka sangat hampir.

Pihak berkuasa hanya menghalang dan melepaskan mereka tanpa mengambil tindakan seperti menahan dan sebagainya. Mereka hanya bertindak dengan meneutralkan keadaan bagi mengelakkan kejadian lebih serius. Usai tamat perlawanan, kesemua penyokong Malaysia dikeluarkan ke kawasan lebih selamat melalui padang dan diarahkan menunggu di dalam sehingga keadaan aman.

Semasa perjalanan ke airport saya sempat berborak dengan Grab Driver yang juga menonton perlawanan semalam dan dia pun turut merasakan kecewa atas kelakuan segelintir penyokong Indonesia yang sentiasa membuat provokasi sejak dari dahulu. Dan dia juga sedih atas apa yang diperkatakan oleh pengasas Big Blue Taxi, Datuk Shamsubahrin Ismail mengenai negara mereka !

Kredit : Adam Ghazali



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
 Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan