Header Ads

ads header

Flash News

Beza Muafakat Nasional dari Tahaluf Siyasi


KUALA KRAU: Muafakat Nasional dimeterai atas segerak pada persamaan dasar yang diperjuang dan dipertahankan bersama iaitulah kepentingan serta hak agama Islam dan Melayu Bumiputera.

Namun, pada prinsip dan kesetiaan, masih tetap kepada pegangan parti masing-masing, demikian penjelasan diberikan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Andansura Rabu, kelmarin dahulu.

Penerangan ini sebagai menjawab pertanyaan mengenai perbezaan Muafakat Nasional dan Tahaluf Siyasi pada Himpunan Jentera Muslimat PAS Pahang di Kompeks Al-Makmur, Kerdau, di sini.

"Di dalam tahaluf ada dokumen yang dikenali prinsip-prinsip asas yang kedua pihak kena setuju atau sepakati walaupun hakikatnya ada satu pihak tidak setuju dalam semua perkara. Kalau tidak setuju pun, pihak tersebut kena setuju untuk tidak bersetuju dalam semua perkara.

"Termasuk aspek perubahan dasar, perjuangan dan sebagainya. Namun Muafakat Nasional, ia tidak menyentuh soal semua perkara akan tetapi hanya menyentuh soal kepentingan agama dan ummah, agar tidak akan ada lagi sikap ingin berlawan antara PAS dan Umno.

"Dari segi prinsip, PAS masih kekal dengan perjuangannya. Manakala Umno masih setia dengan prinsipnya. Belum ada dokumen yang mengikat antara kedua-dua parti. Sedang Tahaluf Siyasi ada dokumen mengikat," bandingnya.

Beliau yang juga Adun Beserah turut menyuntik semangat Jentera Muslimat untuk bergerak pada skala lebih besar walaupun berdepan keletihan menggunakan masa, tenaga dan wang ringgit. - HARAKAHDAILY 2/10/2019


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan