Header Ads

ads header

Flash News

DAP belakangkan tatasusila negara sokong graduan biadab


Sokongan parti dominan dalam kerajaan Malaysia, DAP serta penasihat veterannya, Lim Kit Siang kepada graduan biadab, Wong Yan Ke membuktikan parti itu membelakangkan adab tatasusila negara dan sensitiviti orang Melayu Islam.

Memandang serius isu protes seorang graduan pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaya (UM), Isnin lalu, Presiden Berjasa, Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, tindakan biadab graduan berkenaan sepatutnya dikecam bukan sahaja oleh warga kampus, malah seluruh masyarakat yang menyanjung kesopanan dan kesusilaan.

Justeru, beliau mengajak rakyat menolak parti rasis dan cauvinis, DAP susulan tindakan parti itu yang membawa kepada ketidakstabilan negara, termasuk apabila memberi sokongan kepada graduan berkenaan.

Sebelum ini, Kit Siang dilaporkan menggesa Naib Canselor UM, Datuk Abdul Rahim Hashim menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap graduan, Wong Yan Ke kerana membuat protes selepas menerima skrol ijazah sarjana muda pada istiadat konvokesyen.

Graduan lulusan kejuruteraan awam berkenaan dilaporkan menjerit sambil memegang plakad tertera undur VC dan ini tanah Malaysia sebagai tanda protes.

Dia dikatakan berbuat demikian bagi membantah ucapan Dr Abdul Rahim ketika Kongres Maruah Melayu 6 Oktober lalu.

Mengulas lanjut, Dr Badhrulhisham juga menyeru semua pihak untuk mempertahankan Dr Abdul Rahim yang dikritik kerana menyampaikan ucapan di Kongres Maruah Melayu, kononnya didakwa berbaur perkauman.

Walhal, katanya, adalah menjadi tanggungjawab seorang Melayu Islam melahirkan rasa kegusaran dan kebimbangan yang berlaku pada orang Melayu Islam di tanah air sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Apakah bila orang Melayu bercakap saja mengenai memperjuang dan mempertahankan hak-hak bangsa sendiri sebagaimana yang terdapat dalam Perlembagaan, terus dilabel rasis?

“Bila bangsa lain bercakap mengenai hak-hak mereka, tidak pula dianggap rasis dan dikatakan ini adalah hak asasi manusia?,” sindirnya.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Tiada ulasan