Header Ads

ads header

Flash News

DAP radikal, ekstrem buat penipuan agenda


Parti dominan dalam kerajaan Malaysia, DAP tidak menterjemahkan perjuangan sebenar mereka dalam pentadbiran negara, sindir Amir gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Beliau berkata, perjuangan yang dibawa oleh parti cauvinis DAP hanyalah tawaran yang membawa agenda penipuan.

“Adakah mereka tak bawa perjuangan mereka yang dikatakan liberal, demokratik, keadilan dan integriti itu? Saya tak nampak mereka buat. Semua yang diperjuangkan bohong belaka.

“Mereka ibarat musang berbulu ayam, yakni rasis, radikal dan ekstrem. Mereka menjadi rakus sehingga mereka sendiri tak menghormati perjuangan mereka,” katanya dalam temubual Cakap Serupa Bikin TV Pertiwi, dengan kupasan tajuk ‘Kerajaan baharu tanpa DAP dan PAN’.

Sebelum ini, kecoh dakwaan akan wujud kerajaan baharu tanpa DAP dan PAN yang didakwa diketuai Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dakwaan itu dibuat susulan penulisan Hishammuddin dan wawancaranya yang cenderung memberi isyarat akan kembali kepada politik dan pentadbiran berasaskan kaum.

Bagaimanapun, Hishamuddin menafikan dakwaan itu dan ada pihak cuba menjadikan pembangkang sebagai kambing hitam.

Mengulas perkara itu, pemimpin gerakan Islam mengakui kewujudan DAP dalam kerajaan membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila DAP menjadikan pemerintahan mereka sebagai sekular sosialis.

Hal itu terbukti, kerana PH tidak meletakkan Islam dan Melayu sebagai agenda perjuangan mereka dan jelas parti dominan dalam kerajaan Malaysia itu hanya mahu mengambil kesempatan dalam pemerintahannya.

“Mereka bukan memerintah sebagai satu parti yang diberi mandat membawa agenda nasional atau mengambil kira kepentingan rakyat keseluruhannya, tetapi daripada tindak-tanduk, dasar dan polisi yang mereka bawa hanya untuk memberi peluang bagi kaum tertentu sahaja,” katanya.

Pada masa sama, Ustaz Abdullah berkata, pemerintahan kerajaan rasis Pakatan Harapan (PH) berada dalam suasana mungkar apabila orang bukan Islam mendominasi pentadbiran negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Beliau yakin keadaan mungkar itu penyebab berlaku perkara-perkara yang menjejaskan martabat dan syiar Islam.

Justeru, katanya, sesebuah parti politik khususnya parti Melayu dan Islam, perlu mengangkat semula kedudukan orang Islam sebagai agenda pertama dalam perjuangan mereka.

“Secara amnya ketika ini, bukan setakat Islam, kedudukan negara juga sedang menuju ke arah yang salah. Saya percaya semua rakyat Malaysia berasa susah hati, bimbang dengan keselamatan, keamanan, taraf hidup, harga barang, masa depan anak cucu dan seribu satu macam kegusaran. Jadi pada saya, PH lah harus bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku,” katanya.





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Belang DaPIgs makin terselah dan terbukti benar bahawa dakwaan terhadap parti itu rasis dan chauvinis setelah menjadi abang besar dalam pakatan hancing. Hal hal berkaitan melayu dan Islam mula dikacau dengan bantuan barua barua dalam parti kencing rakyat dan panpinpon lalu tinggal bersatu keseorangan menahan asakan

    BalasPadam