Header Ads

ads header

Flash News

SPRM tahan bekas timbalan presiden PAS, akan dakwa esok


Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, esok dan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Kanun Keseksaan.

“SPRM telah mendapat izin daripada Peguam Negara bagi menuduh Datuk Dr Nasharudin Mat Isa esok, jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan akhbar.

SPRM juga mengesahkan Nasharudin ditahan pada jam 2 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir.

“Beliau kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.

“Kesemua maklumat berkaitan kes ini akan dimaklumkan esok selepas pertuduhan dibacakan,” kata kenyataan itu.

Pada 8 Mac lalu, Nasharudin hadir di kompleks SPRM Pahang dipercayai bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan dana oleh PAS daripada Umno.

Dakwaan berkenaan mengatakan pemimpin PAS menerima dana berjumlah RM90 juta daripada Umno sebagai balasan untuk memberi sokongan kepada parti komponen BN itu dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

PAS dan bekas presiden Umno, Najib Razak menafikan dakwaan berkenaan.

Selain bekas timbalan presiden PAS, SPRM telah memanggil beberapa individu untuk memberi keterangan berhubung siasatan termasuklah Anggota Parlimen Bachok Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik dan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Husam Musa.

Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dalam artikelnya pada 6 Ogos 2016 telah mendakwa ada pemimpin tertinggi PAS mungkin menerima dana RM90 juta untuk mendorong parti itu bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional.

Isu itu timbul semula selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang membuat keputusan memuktamadkan penyelesaian luar mahkamah dengan menarik balik tuntutan terhadap Rewcastle Brown berhubung artikel berkenaan pada 1 Feb lepas.



MR :  Bekas Timbalan Presiden PAS yang anaknya positif dadah tak nak hightlight sama ke? 




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Awas! Ini iklan sendiket penipu tipu orang ramai.

    BalasPadam
  2. Media massa pro-PH sengaja menulis berita seperti bekas timbalan presiden PAS , Datuk Dr Nasharudin Mat Isa ....'_ untuk menfitnah dan memburuk-burukkan PAS sedangkan:

    (1) dia didakwa melakukan semua kesalahan itu dari 9 November hingga 20 Disember 2018.

    (2) Dia pernah menjadi timbalan presiden PAS dari 2005 hingga 2011.

    (3) Dia telah dipecat dari Majlis Syura PAS pada 14 January 2013.

    Maka media massa tidak wajar melabelkan beliau sebagai bekas timbalan presiden PAS kerana dia bukan pemimpin PAS ketika beliau didakwa melakukan kesalahan dalam 2018 kerana penulisan berita seperti ini boleh menimbulkan salah faham orang ramai terhadap parti Islam PAS.

    BalasPadam