Header Ads

ads header

Flash News

Tun M dan Tun Siti...


Pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain, masih "sweet" seperti orang muda. Bagaimana cinta mereka bermula?

Tun M merupakan antara puluhan pelajar Melayu yang belajar di Kolej Perubatan King Edward VII ketika itu. Manakala Tun Siti Hasmah pula merupakan antara 7 pelajar wanita Melayu di kolej tersebut. Sudah tentulah saingan yang dihadapi oleh Tun M amat tinggi ketika itu hehe.. Jadi bagaimanakah Tun M berjaya memikat Tun Siti Hasmah?

Tun M tidak biasa bergaul perempuan. Beliau hanya pernah belajar di sekolah untuk lelaki sahaja. Malah pengalaman beliau belajar bersama wanita adalah pengalaman baru beliau ketika itu. Pada awalnya Tun M sering tertukar panggilan "He" dan "She" kerana tidak biasa bercakap dengan perempuan. Menurut Tun Siti Hasmah pula Tun Mahathir tidak begitu menarik padanya pada awalnya. Ini disebabkan jumlah pelajar lelaki Melayu yang ramai ketika itu di kolej perubatan. Malah jejaka dari bangsa lain turut cuba mendekati Tun Siti Hasmah ketika itu.

Tun M mula cuba rapat dengan Tun Siti Hasmah dengan membantu membawa buku-buku Tun Siti Hasmah. Antara kualiti Tun M yang dilihat oleh Tun Siti Hasmah ketika itu ialah kecemerlangan Tun M dalam peperiksaan. Tun Siti Hasmah pula gagal peperiksaan tahun pertama ketika itu. Maka Tun M lah menjadi tempat mengadu dan Tun M membantu Tun Siti Hasmah untuk belajar terutamanya dalam subjek fizik. Tun M menawarkan diri menjadi tutor secara sukarela dan tawaran itu tidak ditolak oleh Tun Siti Hasmah.

Pada suatu hari mereka berdua telah terkandas didalam hujan ketika itu sewaktu berjalan-jalan. Apabila Tun M menghantar Tun Siti Hasmah ke tempat perhentian bas dan menaiki bas beliau berlalu pergi. Namun kemudiannya Tun M menyedari Tun Siti Hasmah masih terkandas dalam hujan.. beliau turun semula dan berdiri dalam hujan bersama Tun Siti Hasmah. Tun Siti Hasmah bertanya "Kenapa awak datang balik, habis basah awak?". Lalu Tun M menjawab "Saya datang balik sebab saya cinta pada awak..". Maka bermulalah hubungan cinta mereka.

Mereka bercinta selama hampir lapan tahun. Selepas itu mereka berjumpa ibubapa mereka. Bapa Tun Siti Hasmah tidak menghalang namun memaksa mereka berjanji untuk menamatkan pelajaran terlebih dahulu sebelum berkahwin dan mereka bersetuju. Pada usia 31 tahun barulah Tun M melamar Tun Siti Hasmah dan berkahwin.. Tun Siti Hasmah boleh dikatakan cinta pertama dan terakhir Tun M...

Semoga Allah merahmati Tun berdua dan kekal selamanya.

❤❤❤

MR :  Diktator pun perlu ada sejarah romantik...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: