Babak ‘bodoh’ antara MP PH jadi bahan jenaka netizen
Rakaman video sidang Dewan Rakyat yang memaparkan situasi tegang berlaku di blok kerajaan semalam tular, sehingga ia menjadi bahan jenaka rata-rata pengguna media sosial hari ini.
Suasana ‘panas’ yang dipaparkan dalam video berdurasi kurang seminit itu difahamkan berlaku ketika pembentangan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran.
Difahamkan, Datuk Seri Dr Santhara (Segamat-PKR) mencelah ketika pembentangan Kulasegaran, yang meminta menteri berkenaan memberikannya jawapan bertulis.
Bagaimanapun, Dr Santhara secara tiba-tiba berhenti bercakap dan menoleh kebelakang iaitu tempat duduk rakan komponennya, Cha Kee Chin (Rasah-DAP), sebelum perbahasan sidang bertukar tegang.
“Saya minta Rasah tarik balik. Dia kata saya ‘stupid’ (bodoh) Saya minta dia tarik balik,” tegas Dr Santhara.
Keadaan dewan semakin gamat, apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang turut bangun menyokong tindakan Dr Santhara supaya Kee Chin tampil menarik balik dakwaan ‘bodoh’ itu.
“Tuan Pengerusi, saya bukan jenis naik marah, tetapi ini tidak boleh di dewan yang mulia ini. Ia tidak dibenarkan,” kata Dr Santhara.
Kemudian, terdengar Kee Chin membela dirinya tanpa berdiri dan menghidupkan pembesar suara dengan mengatakan ianya tiada kaitan, dan perkara itu tidak dirakam.
Dr Santhara kemudian membalas: “Saya nak merekodkan, saya tidak membenarkan. Saya tidak akan panggil orang lain bodoh dan tak akan benarkan orang panggil saya bodoh. Ini bukan kali pertama.”
Kee Chin kemudiannya membalas, ‘hei, saya duduk di sinilah’, dipercayai untuk menyedarkan Dr Santhara bahawa mereka dalam satu blok yang sama.
Ternyata babak ‘panas’ antara dua wakil rakyat kerajaan itu menjadi bahan ‘troll’ dalam kalangan netizen, yang rata-ratanya menganggap pertelingkahan dua pemimpin itu sebagai jenaka.
“Terima kasih pada Tun memberi peluang kepada rakyat mengetahui dengan lebih dekat sikap dan kebolehan mereka. Satu demi satu dikupas dan dipertontonkan. Sesuatu yang tak disangka #suratan_atau_kebetulan,” tulis Nikicha Abdul.
“Sesama sendiri pun bergaduh. Lawak kerajaan ni, tak ada sefahaman langsung,” kata Bazoy Denho.
Pemilik akaun, Nasrul Ezani pula menyifatkan kejadian itu adalah hasil daripada keputusan rakyat yang memilih kerajaan dibarisi pemimpin ‘kurang cerdik’ sehingga akhirnya bertelagah sesama sendiri.
“Bila kawan panggil bodoh tak boleh terima, sedangkan semua sama-sama bodoh. Cuma beza bodoh tu ‘level’ berapa,” sindir Putra Hafidzhi.
“Tak lama dah tu akan berpecah belah. Kerajaan sepenggal tak akan bertahan lama,” tulis Khairul Hafizi. - ISMAWEB
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
❐ SAKIT BELAKANG Bertahun-tahun, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa ....... Klik SEKARANG untuk info lanjut!!!
❐ Anda ada masalah KARANG GIGI? Ini cara CEPAT untuk membuang karang gigi. Klik sini SEKARANG!!
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
❐ SAKIT BELAKANG Bertahun-tahun, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa ....... Klik SEKARANG untuk info lanjut!!!
❐ Anda ada masalah KARANG GIGI? Ini cara CEPAT untuk membuang karang gigi. Klik sini SEKARANG!!
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
BalasPadamSistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
Memiliki 8 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
Link Alternatif :
arena-domino.net
arena-domino.org
100% Memuaskan ^-^