Header Ads

ads header

Flash News

Barisan Nasional Rampas Kerusi Parlimen Tg.Piai, Menang Majoriti 15,086


Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kerusi panas ini daripada Pakatan Harapan (PH) yang memenanginya dalam PRU lepas.

Keputusan yang diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), datuk Azhar Azizan Harun di Pusat Penjumlahan Undi PRK Tanjung Piai sebentar tadi

Wakil BN berjaya memperolehi undian sebanyak 25,466 undi mengatasi wakil PH di kedudukan ke-2 yang memperolehi 10,380 undi. Wakil Gerakan memperolehi 1707 undi dan Berjasa 850 undi.

BN berjaya memperolehi sebanyak 15,086 undi majoriti manakala undi rosak adalah sebanyak…undi.



PRK Tanjung Piai diadakan selepas kematian penyandangnya, Dr Md Farid Md Rafik mewakili PH pada 21 September lalu akibat komplikasi jantung.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai yang menyaksikan persaingan hebat 6 penjuru. Karmainie Sardini (PH), Wee Jeck Seng (BN), Wendy Subramaniam (GERAKAN), Badhrulhisham Abdul Aziz (BERJASA) dan 2 lagi calon bebas.

MR :  Mana nak letak muka Atuk?




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. Izin promo ya min^^
    Kalah melulu main di tempat lain? Daftar disini saja (Upd4te Bettin9)

    BalasPadam