Header Ads

ads header

Flash News

Mengapa MCA, bukan Umno di Tg Piai?


BN membuat keputusan untuk meletakkan calon MCA bagi PRK Tanjung Piai. Ramai yang mempertikaikan keputusan ini. Sama ada ia adalah keputusan terbaik dan betul atau tidak, ia adalah keputusan yang mesti kita hormati.

Apa yang paling penting ialah, satu keputusan telah dibuat dan natijah daripada keputusan itu bergantung kepada usaha kita untuk menentukan kejayaan atau kegagalannya.

Saya mempunyai beberapa sebab untuk mempertahankan keputusan itu.

Pertama, Tanjung Piai bukan medan terakhir untuk Umno. Umno tidak akan mati hanya dek kerana ia tidak bertanding di Tanjung Piai.

Strategi Umno untuk memerintah semula adalah lebih besar dan kompleks, serta bukan diukur hanya dengan satu lagi kemenangan di Tanjung Piai.

Yakinlah, Umno punya pelbagai medan lain untuk mempamerkan kehandalannya. Maka bersabarlah untuk kemenangan dalam pertempuran yang lebih hebat dan besar.

Kedua, Umno dan PAS adalah gabungan yang sangat formidable (menggerunkan). Namun, realiti politik di Malaysia ini tidak boleh dipisahkan daripada kemajmukan demografinya.

Undi Melayu sahaja tidak akan menjadikan kuasa politik Melayu itu unggul. Kemenangan kita mestilah kemenangan untuk semua dan oleh semua. Maknanya kita memerlukan sokongan pelbagai kaum.

Tiada alasan lagi

Umno dan PAS itu berdua, dan berdua selamanya. Namun berdua sahaja tidak memadai dalam politik Malaysia. Kita mesti bertiga, berempat dan beramai-ramai.

Lalu memberikan laluan kepada MCA adalah untuk menjadikan Umno dan PAS dan MCA itu bertiga, dan bertiga selamanya dalam meraih kemenangan di hari muka.

Ketiga, Umno membuktikan ia terus relevan melalui pelbagai kemenangan lepas. Tiba masanya untuk MCA pula membuktikan ia masih lagi ampuh.

Umno dan PAS memberikan ruang di Tanjung Piai ini untuk MCA membuktikan ia masih punya hayat di persada politik Malaysia.

Jika MCA gagal di Tanjung Piai, maka MCA mesti memikirkan jalan hadapan kelangsungannya. Apalagi apabila ia bertanding di saat wibawa kerajaan PH itu berada pada tahap yang sangat rendah dan menyusut drastik.

MCA mesti menggunakan segala peluang di Tanjung Piai untuk membuktikan bahawa orang Cina sudah mula kembali kepadanya.



Tiada lagi alasan bahawa Tanjung Piai adalah tentang kerusi tradisi atau menyelamatkan maruah dan air muka tokoh tertentu. Ia mesti tentang kekuatan sebenar.

Dan MCA mesti membuktikan kekuatan sebenarnya di Tanjung Piai.

Keempat, dalam politik, aspirasi kita mesti diimbangi dengan hakikat yang nyata. Hakikat yang nyata dalam percaturan politik ialah, yang terkuat tidak harus menguasai semua. Tetapi harus memimpin semua dengan bertanggungjawab.

Yang lemah harus dibantu kerana apabila yang lemah itu juga jadi kuat, maka yang kuat itu akan menjadi semakin unggul. Jangan lupa, bahawa saling membantu demi menguatkan kesemua itu amalan politik bertanggungjawab.

Panglima tetap Umno dan PAS


Umno dan PAS tidak perlu bertanding di semua kerusi untuk membuktikan ia gagah. Umno dan PAS mesti memimpin dengan rasa tanggungjawab bagi membangunkan sinergi pelbagai aktor politik lain untuk membuktikan ia adalah ketumbukan politik yang kuat.

Apabila Umno dan PAS membantu MCA - dan memenangkan MCA - maka yang menang bukan MCA, tetapi Umno, PAS dan MCA, iaitu semua sekali.

Malah ia akan menjadi kemenangan berganda untuk Umno dan PAS. Pertama, kerana ia memberikan ruang untuk MCA demi kesepakatan BN. Kedua, kerana tanpa Umno dan PAS, tidak mungkin MCA akan berjaya. Dan ketiga, kerana Umno dan PAS bertanggungjawab dalam tindakannya, mengiktiraf rakan dan mendorongnya untuk berjaya, dengan kerjasama ampuh.

Kepada semua penyokong Umno dan orang Melayu, musuh kita bukan MCA. Musuh kita adalah PH. Lalu jangan kita tewas sebelum bertempur kerana konflik sesama kita.

Kita mesti menang dalam persaingan kita dengan PH.

Tidak menyokong MCA akan merugikan Umno dan PAS dalam jangka masa pendek dan panjang. Memenangkan PH pula akan memberikan hayat kepada Bersatu.

Lalu pilihan kita hanya satu: mematikan Bersatu di Tanjung Piai walau siapa pun wakil kita. Yang penting ialah, panglimanya masih Umno dan PAS.

Akhirnya, jangan kita lupa bahawa kemenangan adalah tentang kerja keras. Kerja keras kita di Tanjung Piai bukan sekadar untuk memenangkan Umno, PAS dan MCA, tetapi yang lebih utama ialah memenangkan demokrasi.

Maka bekerja keraslah kita untuk Tanjung Pai kerana itulah sunnah orang berjuang. Mereka yang tidak putus asa, yang tekun, yang bersunguh-sungguh, pasti akan meraih kejayaan jua insya-Allah.

MOHAMED KHALED NORDIN
Naib Presiden Umno dan bekas Menteri Besar Johor.







............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. Si BARUA khaled tak guna ni mmg. geng anwar paria HOMO!!

    TUMBANGkan zahid sbg. PRESIDEN UMNO!! PENIPU betul ejen2 anwar HOMO/DAP ni!!! BANGSAT betul UMNO ni dah dijadikan skrg!!!

    **Tumbangkan habis2an PENJAJAHAN Zionis amat RASIS/FASIS si BANGKAI2 BABI DAP/PKR-Anwar paria HOMO!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Percayalah, PRU15 juga mungkin akan diSABOTAJ oleh ’NGO‘ pengganas MOSSAD/CIA-SOROS dan KULI2 DAPpembunuh/PariaKR-anwar PARIA HOMO depa, yg. berPUSAT di SWITZERLAND, iaitu BERSIH DAPpembunuh yg. dah kuasai SPR baru haram jadah tu, mcm. PRU14 diSABOTAJ depa, utk. MENAKLUK habis2an SELAT MELAKA kita dan LAUT CHINA SELATAN kita yg. amat KAYA dgn. bahan2 KIMIA spt. ZIRCON/THORIUM/URANIUM, di GUNUNG2 BERAPI bawah laut (SUBMARINE VIOLCANOES), utk. pembuatan SENJATA2 NUKLEAR Barat-ZIONIS, hingga akhir zaman!!!!!

      Maka, kalau PRU14 dah TERANGAN diSABOTAJ oleh PENGGANAS BERSIH yg. mengHASUT POLIS/TENTERA dan disyaki PEKERJA2 SPR – tak kan si pemimpin2 ISLAM/MELAYU dr. PAS/UMNO, nak ‘BERHEMAH‘ konon dan TUNDUK mcm. KULI kpd. DEMOKRASI Zionis PENIPU, utk. TUNGGU shj. PRU15, mcm. si LEMBU2 diCUCUK HIDUNG oi?!! GILA BABI apakah ini?!!!

      Maka, demi ALLAH SWT, ISLAM/umatnya, seluruh bangsa BUMIPUTERA kita dan TANAH MELAYU/NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang BUMIPUTERA berzaman kita ni – mmg. pemimpin2 ORANG ASAL Islam/Melayu yg. TULEN kita dr. UMNO-PAS-PPBM-KEM AZMIN mesti BERSATU segera - utk. MENUBUHkan KERAJAAN baru SEKARANG juga, dan mengHALANG habis2an anwar PARIA HOMO jadi PM HOMO amat JIJIK dan KEJI yg. PERTAMA kat NEGARA ISLAM/TANAH MELAYU, pusaka nenek moyang BUMIPUTERA berzaman kita ni, dan TPM dia dr. TUAN guan eng bangkai ANJING dia, si bangkai SAMPAH DAP ANJING kurap HOMO jijik ZIONIS ISrael , dibawah hak asasi 'KESAMAAN' SAMPAH, RASIS, FASIS dan PENIPU Zionis depa!!

      **Tumbangkan habis2an PENJAJAHAN Zionis amat RASIS/FASIS si BANGKAI2 BABI DAP/PKR-Anwar paria HOMO!!

      Padam
  2. kasi menang dulu soal siapa bangsat soal kedua . BARUA sebenarnya kamu . Specis kamu merosakkan perpaduan .

    BalasPadam