Header Ads

ads header

Flash News

Menteri beri bayangan bil air tidak akan naik dengan banyak


KUALA LUMPUR: Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar memberi bayangan kenaikan tarif air adalah minimum.

Lebihan wang yang dikutip itu akan disalurkan untuk mengurangkan pembaziran air dari loji rawatan ke rumah.

Xavier berkata tarif akan dibahagikan kepada tiga “band”, yang mana “band 3” akan membayar jumlah tertinggi.

“Kira-kira 60% pengguna “band 1″. Bagi yang lain, jangan basuh kereta anda setiap hari,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2020 kementerian bagi peringkat jawatankuasa.

Edmund Santhara (PH-Segamat) mencelah bahawa Johor mempunyai antara tarif air tertinggi.

Apabila Nor Azrina Surip (PH-Merbok) berkata rakyat mungkin tidak gembira dengan sebarang kenaikan tarif, Xavier berkata kos kenaikan itu mungkin hanya 20 hingga 30 sen lebih, dengan keluarga 4 beranak membayar RM15 hingga RM20 sebulan.

“Jika kita mahu pastikan bekalan air berterusan, kita perlu keluarkan belanja,” katanya, dan menambah kenaikan itu adalah munasabah.

Tarif semasa adalah RM1.38 bagi setiap 1,000 liter air, berbanding kos pengeluaran RM2.31 bagi setiap 1,000 liter.

Beliau seterusnya menjelaskan air tidak terhasil (air dihasilkan tapi “hilang” sebelum sampai kepada pengguna kerana kebocoran paip) pada purata 35%.

“Di beberapa negeri, ia pada 40%, dengan Perlis lebih 60%. Ini bermakna di Perlis bagi setiap 1,000 juta liter air yang dihasilkan, 60% hilang,” katanya, dan menambah beberapa negeri tidak mempunyai air mentah secukupnya.

Misalnya, Johor mungkin berdepan beberapa bentuk “tekanan” dalam dua hingga tiga tahun jika langkah-langkah tidak diambil manakala kawasan-kawasan tertentu di Kelantan tidak mempunyai air secukupnya, katanya.

Beliau berkata loji air perlu dinaiktaraf dan pembaziran air harus dikurangkan. “Untuk mengurangkan 1% air tidak terhasil akan menelan kos RM1 bilion”.

Tetapi bagi mengatasi masalah air, kementeriannya perlukan kerjasama semua syarikat-syarikat air negeri.

Xavier juga perlukan syarikat-syarikat air di setiap negeri supaya ketepikan 5-6% daripada kutipan mereka utuk selesaikan masalah air dalam 10 tahun.

Mengenai kemungkinan sembilan bandar akan tenggelam jika paras air laut naik menjelang 2050, Xavier berkata Perlis mungkin kehilangan paling banyak tanah.

Perkara itu mendorong Shahidan Kassim (BN-Arau) mengatakan ramai ahli-ahli Parlimen akan tiada kawasan lagi.

Xavier menjawab banyak perlu dilakukan untuk melindungi alam sekitar daripada perubahan iklim yang teruk.





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan: