Header Ads

ads header

Flash News

PAS digesa panggil mesyuarat Gagasan Sejahtera


Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) menggesa PAS segera mengadakan mesyuarat membabitkan pemimpin parti komponen Gagasan Sejahtera bagi membincangkan keputusan Berjasa untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Ketua Pemuda Ikatan, Shahir Adnan berkata keputusan Berjasa bercanggah dengan pendirian Gagasan Sejahtera (GS) yang memberi laluan kepada BN bertanding di kerusi itu.

"Saya berharap PAS akan memanggil parti komponen iaitu Ikatan dan Berjasa untuk berbincang dalam kadar segera sebelum penamaan calon esok pagi.

"Berjasa kena nyatakan pendirian dalam GS kerana keputusan mereka melangkaui keputusan Pengerusi Gagasan Sejahtera, Abdul Hadi Awang untuk beri laluan kepada BN," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum itu, Berjasa mendakwa "Islam dibuli" selepas lebih setahun PH memerintah dan calon BN pula dianggap tidak membawa aspirasi Melayu-Islam yang mendorong Berjasa meletakkan calon bagi merebut kerusi Tanjung Piai pada 16 Nov ini.

Hari ini, Berjasa mengumumkan Presidennya, Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (gambar, bawah) sebagai calon parti itu.



Menurut Badhrulhisham, sebelum ini Berjasa menyokong kerjasama PAS dan Umno demi mengukuhkan kesepakatan sesama parti politik Melayu.

Namun, katanya tindakan BN memberi laluan kepada pemimpin MCA untuk bertanding di Tanjung Piai tidak membawa aspirasi orang Melayu Islam.

Pada 26 Ogos lalu, Ikatan dan Berjasa bersetuju untuk menyertai kerjasama politik yang digerakkan sebelum ini oleh PAS dan Umno.

Perkara itu diumumkan Presiden PAS yang menegaskan Ikatan dan Berjasa akan menyertai kerjasama politik Melayu itu melalui GS.

Hadi berkata, Berjasa dan Ikatan juga menerima kerjasama PAS dan Umno melalui Mufakat Nasional yang dibuat atas kerangka "taawun siyasi".

Sementara itu, Pemuda Ikatan berharap rakan komponennya dalam GS mempertimbangkan keputusan Berjasa untuk bertanding di Tanjung Piai.

"Pemuda Ikatan berharap rakan GS, Berjasa memikirkan kembali pencalonan mereka untuk PRK Tanjung Piai demi Muafakat Nasional yang menjadi agenda utama ke arah PRU-15.

"Selaku parti gabungan dalam GS bersama PAS dan Berjasa, Pemuda Ikatan menyokong Muafakat Nasional, di mana GS dan barisan muafakat perlu berbincang secara menyeluruh antara semua parti iaitu Umno, MCA, MIC, PAS, Ikatan dan Berjasa," katanya.

Pada PRK ini, calon Berjasa bakal berhadapan calon BN Wee Jeck Seng, calon PH Karmaine Sardini dan calon Gerakan Wee Jeck Seng.



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

1 ulasan:

  1. BANGSAT betul si BARUA ANJING 'bangsa' Malaysia HARAM JADAH ni!! Dahlah TAK pernah ada mana2 negeri di DUNIA yg. mengHAPUSkan hak dan identiti BANGSA Bumiputera dia! Bahkan identiti 'bangsa' Malaysia PENIPU HARAM jadah ni SEBENAQnya adalah berdasarkan MO amat DAJAL si PENGGANAS/PENJAJAH/PERASUAH/PEROMPAK/PENYANBGAK DAP bangkai BABI homo JIJIK Zionis ISrael, utk. menngHAPUSkan identiti dan hak BANGSA Bumiputera kita!! PAS patut TENDANG aja parti PENIPU 'bangsa' Malaysia ni dan BARUA2 ANJING2 Melayu-geng anwar paria HOMO ni!!

    Maka, PAS yg. BERJUANG demi ISLAM/umatnya, tolong JANGAN jadi PENGECUT utk. tunduk kpd. EJEN2 anwar paria HOMO/DAP bangkai2 BABI yg. makin BERLAMBAK dlm. UMNO dan Gagasan Sejahtera dll ni!!

    **Tumbangkan habis2an PENJAJAHAN Zionis amat RASIS/FASIS si BANGKAI2 BABI DAP/PKR-Anwar paria HOMO!!

    BalasPadam