Header Ads

ads header

Flash News

Hargai Jawi, tak perlu jadi Islam, kata permaisuri


PETALING JAYA: Permaisuri Agong Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempertahankan kenyataannya yang memuji keindahan tulisan Jawi dan kesenian Islam selepas “ditegur” salah seorang pengikutnya di Twitter, hari ini.

Tuanku Azizah berkata sesiapa pun boleh menghargai dua perkara itu tanpa perlu menukar agama menjadi Islam.

“Tiada yang rasis, saya bercakap tentang keindahan Jawi dan kesenian Islam. Tak perlu nak jadi Muslim untuk hargai perkara ini.

“Begitu juga seseorang itu tak perlu jadi Melayu untuk jadi Muslim. Ada juga orang Melayu tapi bukan Muslim. Dalam Islam kita tidak terikat dengan kaum tapi dengan kepercayaan dan keimanan kepada Allah,” ciapnya.

Sebelum itu, pengikutnya yang menggunakan nama Adly Arief membalas ciapan Tuanku Azizah.

“Kenyataan ini boleh timbulkan pertikaian kaum, tuanku.

“Tak bolehkah kita setuju alpabet Latin atau Roman sekadar identiti budaya dan tidak ok untuk paksa kepada orang lain?” tulis Adly.

Dia merujuk kenyataan Tuanku Azizah yang menyebut soal kerugian jika orang Melayu, Cina dan India di negara ini tidak memahami tulisan masing-masing.

“Sayang kalau orang Melayu tak pandai tulis Jawi atau orang Cina tak pandai tulisan Mandarin atau orang India tak pandai tulis Tamil. Orang Siam dengan tulisan Siamnya.

“ABC itu universal dan global tapi kenalah pandai tulis cara kita juga. Tambahkan ilmu, tak rugi,” ciapnya.

Kontroversi melibatkan pengenalan tulisan jawi di sekolah vernakular yang diumumkan kerajaan sebelum ini masih belum reda meskipun Kementerian Pendidikan mengesahkan hanya 3 muka surat dimasukkan dalam buku teks Bahasa Melayu itu.

Kumpulan pendidikan Cina yang membantah pelaksanaan itu mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan berhubung perkara itu, minggu ini.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt




............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

2 ulasan:

  1. Admin numpang promo ya
    cuma disini tempatnya game online proses mudah,cepat dan terjamin 1onQQ ^^

    BalasPadam